Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih.Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio."Tatabahasa05.04.2015
Nur Hidayah Abdullah SAB 12.55 PAGI Nur Hidayah Abdullah Nur salam, saya nk tanya, 1)jika perkataan "dari", selepas dia mestilah menggunakan perkataan yg merujuk (arah,masa dan tempat) kan? jadi nk tanya, jika ayat begini,, .....................dari/daripada pihak universiti. mana satu yang betul? 2) perkataan "facebook" adakah tergolong dalam kata nama khas atau perkataan bahasa asing? dan bagaimanakah pengunnan perkataan tersebut di dalam tulisan rasmi, adakah perlu sekadar huruf besar di depan(Facebook) atau perlu diitalickan?1. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Penggunaan hendaklah berdasarkan konteks ayat. 2. Facebook merupakan kata nama khas yang dieja dengan huruf besar pada pangkal perkataan.Tatabahasa06.05.2017
Adakah 'sia-sia' kosa kata asal bahasa Melayu? Mengapa apabila diimbuhkan dengan meN jadi mensia-sia ,bukan menyia-nyia? Terima kasih

Kata 'sia-sia' merupakan asal bahasa Melayu dan bukan serapan daripada bahasa asing.

Menurut KD4, kata sia-sia apabila diimbuhkan dengan meN- dan -kan jadi mensia-siakan bukan menyia-nyiakan.

Kata ini tersenarai dalam kekecualian. 

Lain-lain26.06.2009
Apakah fungsi imbuhan akhiran -an, -kan? Bagaimana pula dengan akhiran -i? Terima kasih.

Akhiran –kan dan akhiran –i merupakan akhiran kata kerja, manakala akhiran –an merupakan akhiran kata nama.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Akhiran –i juga membentuk kata kerja transitif.  Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran-i,iaitu: (I) memberikan pengertian kausitif atau menyebab kan sesuatu jadi: baik-baiki(menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah-sudahi. (II)memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: naiki bas-naik ke bas. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 117-121 dan 183- 190.

Tatabahasa14.05.2014
saya ingin bertanya sekai lagi tentang memerhatikan dan memperhatikan... ap yang saya dapat memerhatikan berasal dari kata dasar perhati...apabila mendapat imbuhan meN-...-kan menjadi memerhatikan.saya sudah faham... tetapi, memperhatikan daripada pembacaan saya berasal dari kata dasar hati seterusnya memdapat imbuhan memper-...-kan untuk jadi memperhatikan. oleh itu, saya berpendapat perkataan memperhatikan tidak salah. apa yang berbeza adalah penggunaan perkataan tersebut dalam bentuk ayat yang berbeza. adakah betul hasil dapatan saya ini?memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu mengendahkan.Tatabahasa18.03.2008
Cikgu, perkataan "khas" apabila diimbuhkan dengan apitan meN-...-kan perlu dieja "mengkhaskan" atau "mengekhaskan"? Perkataan "khas" terdiri daripada satu suku sahaja, jadi perlu menerima apitan menge-...-kan lalu membentuk kata kerja terbitan "mengekhaskan"?

Ejaan yang betul ialah mengekhaskan.

 

Tatabahasa28.05.2014
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi?

Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul.

Tatabahasa11.07.2011
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan -kan di dalam ayat dibawah. Manakan antara ayat berikut yang menggunakan -kan dengan betul? 1) Lukis dan labelkan 2) Lukiskan dan labelkan 3) Lukis dan labelSalam sejahtera, 

 Puan,

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.
Jadi, frasa yang betul ialah (2) Lukiskan dan labelkan

Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Rosminatun Nasa Oct 23rd, 3:09pm Saya nak tanya..saya nak daftar singbord kedai ke majlis perbandaran..tapi majlis perbandaran mahu kan cop dan pengesahan dari dewan bahasa dan pustaka...jadi saya nak tanya macam mana saya nak dapat kan cop daripada dewan bahasa dan pustaka tu?Pengesahan bahasa dalam iklan kini boleh dibuat secara dalam talian. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.10.2015
kenapa dalam Kamus Dewan edisi 2007 dan 2005 tidak ada perkataan mempertingkatkan?hanya mempertingkat sahaja yang ada dalam kamus.hanya sesetengah kamus Dewan edisi 2005 sahaja yang ada perkataan mempertingkatkan.Bukankah perkataan mempertingkat sama dengan mempertinggi?jadi kenapa perlu ada kan untuk mempertingkat....sebab ia membawa maksud yang sama dengan mempertinggi iaitu memajukan. penguasaan bahasa bukan merupakan objek kan???

Mempertingkatkan untuk maksud meninggikan (kedudukan, taraf, kualiti dan sebagainya) memang tidak ada, kata terbitan yang betul untuk maksud tersebut ialah meningkatkan, manakala mempertingkatkan untuk maksud menjadikan bertingkat-tingkat boleh digunakan.

Lain-lain01.10.2010
1234

Kembali ke atas