Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.guh] | جاݢوه

Definisi : 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam seorang ~ politik; ~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul; ~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju; menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb): dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini; menjaguhkan menjadikan calon, men­ca­lon­­kan; kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu lapangan), kehandalan, ke­unggulan: Bahri memperlihatkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.guh] | جاݢوه

Definisi : 1. ~ padang, sj burung, Eupodetis bengalensis; 2. ~ rumput, sj burung, Otis tarda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.guh] | جاݢوه

Definisi : orang yg terkemuka (mahir, ahli) dlm sesuatu lapangan: Misbun ialah ~ badminton. kejaguhan hal menjadi jaguh; kehandalan: Ramli memperlihatkan ~nya dlm silat gayung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaguh
Rujuk :juara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas