Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung? adakah menggoreng bertih jagung? menanak bertih jagung? atau memasak bertih jagung? | Umumnya, frasa memasak bertih jagung digunakan. Namun begitu, sekiranya bertih jagung dimasak menggunakan minyak, frasa menggoreng bertih jagung boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.11.2019 |
maksud setahun jagung? apa yang di maksudkan dengan setahun dalam pribahasa tersebut? | Maksud peribahasa ini ialah masih mentah. | Makna | 02.09.2008 |
Salam sejahtera, 'Jagung' ialah sejenis buah atau sayur? Terima kasih. | Jagung merupakan tumbuhan yang dikategorikan sebagai buah. | Lain-lain | 24.08.2015 |
APAKAH MAKSUD YANG LEBIH TERPERINCI BAGI PERIBAHASA SETAHUN JAGUNG? DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SETAHUN | Setahun jagung bermaksud seseorang yg masih muda usianya. Maksud setahun di sini ialah umur seseorang itu yg masih muda dan tidak mempunyai pengalaman yg banyak. Kebiasaannya peribahasa ini digunakan untuk membezakan seseorang yg matang, luas pengalaman, banyak ilmu pengetahuan dengan seseorang yg tidak atau kurang pengalaman atau sebagainya dalam konsep perbandingan antara seseorang dengan seseorang yg lain. T.kasih. | Makna | 26.08.2008 |
Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung? | Kata kerja yang boleh digabungkan dalam ayat contohnya, Ali membeli bertih jagung di warung Pak Mail. | Tatabahasa | 16.11.2019 |
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut: Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong. | Lain-lain | 19.05.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada perkataan 'rebah' boleh digunakan untuk tanaman 'jagung' dan 'padi'? Terima kasih. | Antara maksud rebah ialah terletak berbaring atau bertiduran (bagi pokok dan sebagainya). Melihat kepada makna ini, perkataan rebah boleh digunakan bagi menggambarkan situasi pokok termasuklah pokok jagung dan padi. | Tatabahasa | 21.10.2016 |
Apakah perbezaan bagi prasa 'bijiran' , 'bijian' dan 'biji-bijian'? | Bijiran merujuk bijirin. Bijirin merujuk biji-bijian. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. Biji-bijian: Segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain). | Makna | 13.06.2014 |
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih. | 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Apakah fungsi perkataan sementara dan untuk dalam ayat-ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 2(a) Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 29.11.2012 |