Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ja] | جاج

Definisi : ; berjaja 1. mencari rezeki (nafkah, pen­dapatan, dsb) dgn membawa barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ; menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau merata-rata: Menteri Pen­didikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dgn fikiran sempit go­longan yg ~ pendapat mereka sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar; jajaan benda atau barang yg dijajakan; penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan; ­penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah di­kenakan denda sebanyak RM100. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ja] | جاج

Definisi : ; berjaja membawa barang-barang dagangan ke merata-rata tempat utk dijual: Tiap-tiap pagi, Jalal ~ nasi lemak. menjajakan menjual sesuatu dgn membawanya berkeliling: Ia pergi dr rumah ke rumah utk ~ hasil kebunnya. penjaja orang yg berjaja atau yg menjajakan sesuatu: Saya pernah menjadi ~ kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaja
Kata Terbitan : berjaja, menjaja, menjajakan, penjaja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Apakah perbezaan antara kata ' menjaja' dengan ' menjual'? 2..cakap ajuk~ Kakak: Apakah masakan yang sedap kamu masak ini? Cakap pindah~ Kakak menanyakan masakan yang sedang seseorang masak itu?( Ayat ini betul?)Menurut Kamus DewanEdis Keempat, perkataan jaja membawa maksud mencari rezeki (nafkah, pen­dapatan, dan sebagainya) dengan membawa barang dagangan berkeliling utk dijual. Manakala, perkataan jual membawa maksud berjual, berpencarian dengan memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang. Menjual pula membawa maksud memberikan barang dengan mengambil wang.

Soalan 2 kurang difahami, mohon penjelasan yang lebih lanjut.


Makna25.09.2020

Kembali ke atas