| Tuan/puan, Saya diminta membentangkan tajuk: Pengalaman Mengembangkan Budaya Baca di Negara Malaysia dalam satu seminar di Jakarta pada 16 Julai 2009. Jadi saya ingin mendapatkan maklumat atau berkongsi pendapat dengan pihak DBP jika ada perancangan-perancangan untuk menarik minat masyarakat Malaysia untuk membaca yang telah dan akan dibuat dari dulu hingga sekarang. Jika ada dalam bentuk tulisan dan juga slide harap dapat dimajukan ke email saya. Terima kasih. | Maafkan kami kerana kami tidak dapat melakukan itu melalui KNDBP kerana laman ini diwujudkan hanya untuk memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan serta korporat DBP. Untuk tujuan itu saudara perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.07.2009 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan berkaitan perkataan Mentua dan Mertua. Yang mana satu yang sesuai digunakan? saya telah rujuk kamus dan mengatakan Mentua itu asal dari perkataan jakarta. Saya lebih selesa menulis menggunakan perkataan Mertua. adakah ia salah atau ada maksud lain? Saya menulis untuk artikel majalah. | Ejaan yang betul ialah mentua, seperti yang terakam dalam Kamus Dewan mertua ialah perkataan dalam bahasa Indonesia yang sama maksudnya dengan mentua. | Tatabahasa | 11.11.2011 |
| Apakah maksud ayeng, rega dan wedana dalam penggunaan bahasa melayu yang betul? | Rega bahasa orang dahulu yang bermaksud harga. Manakala ayeng dan wedana ialah bahasa setempat di Jakarta yang bermaksud pergi ke sana ke mari dan ketua daerah. | Tatabahasa | 05.10.2014 |
| Kondangan berasal dari Bahasa Jawa. Tolong entri Kondangan ditandai sebagai Bahasa Jawa (Jw) | Terima kasih atas maklumat ini. Pihak DBP akan menjalankan penelitian bagi kata ini, yang asalnya berlabel JK (Jakarta). | Lain-lain | 27.04.2023 |
| dari mana asal usul perkataan tetek-bengek? adakah daripada negara indonesia? | Dalam Kamus Bahasa Melayu (1960) susunan Sir Richard Winstedt terakam kata tetek-bengek berlabel Dj. yang bermaksud Jakarta. Kata tersebut juga telah terakam dalam Kamus Dewan (1970) hingga Kamus Dewan Perdana (2020)(tanpa label dan maklumat etimologi kata). Data korpus penggunaan kata ini membuktikan tetek-bengek telah lama digunakan dalam karya-karya berbahasa Melayu di negara kita. | Lain-lain | 29.05.2024 |
| Maksud 'baba'. Boleh tak maksud baba memberi maksud bapa atau ayah. Sekiranya boleh, adakah ia adalah kata formal atau loghat sahaja? sebab dalam laman web dbp, salah satu maksud baba keluar sebagai jk bapa; babe. boleh jelaskan. | Kata "baba" yang merujuk panggilan kepada ayah, bapa, babe dalam bahasa Melayu ialah bahasa basahan, bukannya bahasa Melayu standard. Singkatan "Jk" ialah Jakarta (merujuk bahasa Melayu Jakarta/masyarakat Betawi yang menyebut baba/babe untuk panggilan ayah. | Makna | 10.09.2021 |
| Apakah perbezaan maksud kata 'enjot' dengan ' henjot'? Adakah sama? | Mengikut Kamus Dewan, perkataan enjot yang berasal dari Jakarta bermaksud turun naik, jungkang-jungkit, unggang-unggit. Tiada perkataan henjot dalam data DBP. | Makna | 10.09.2014 |
| Assalamulakum, wr.wb., bisakah saya mendapatkan copy pdf dari buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Karena saya sudah mencarinya di perpusatakaan nasional Indonesia di Jakarta tidak menemukannya. Atas kerjasama dan bantuannya, kami haturkan terima kasih. wassalam adipramono | Waalaikummussalam wr. wb., Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab tertentu pihak kami tidak dapat mengeluarkan salinan PDF kepada orang perseorangan. | Lain-lain | 27.03.2011 |
| Saya torig khunlat sedang belajar bahasa melayu dasar. di Univesiti Fatoni salatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata canda itu ? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, canda bermaksud 1. kelakuan 2. gurauan, kelakar (Jakarta) 3. rupa (Minangkabau) 4. sejenis tombak pendek (sastera lama) | Makna | 10.12.2013 |
| encok berasal dari Bahasa Jawa | Benar, kata encok (enchok) berasal daripada bahasa Jawa jika merujuk A Malay-English Dictionary susunan R. J Wilkinson (1959). Namun, dalam kamus-kamus yang lain misalnya Kamus Bahasa Melayu susunan Sir Richard Winstedt (1960) berlabel In (Indonesia), Kamus Dewan (1970) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadarminta (1986) tiada berlabel, Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam jaringan) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) berlabel I (Indonesia) dan Kamus Dewan Perdana (2020) berlabel Jk (Jakarta). Asal usul kata atau etimologi sesuatu kata (khususnya bahasa Melayu) sangat menarik untuk dikaji dan memerlukan kepakaran dan ketekunan dalam memperoleh maklumat yang tepat. | Lain-lain | 24.04.2023 |