Tuan, Apakah penjodoh bilangan untuk jaket keselamatan? | Sehelai jaket keselamatan sama seperti pakaian yang lain. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai jaket keselamatan semasa/ketika menaiki bot. (yang mana satu betul? Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan iaitu "Kita harus memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot" atau "Kita harus memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot". | Tatabahasa | 12.05.2023 |
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung? | Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza, walaupun fungsinya sama. | Istilah | 01.08.2014 |
1) Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. 2) Sebelum berakit, saya dan keluaraga hendaklah memakai jaket keselamatan. hendaklah atau dikehendaki? Mohon beri penjelasan yang terperinci. | Meujuk pada pertanyaan anda, ayat yang betul ialah Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. Kata dikehendaki ialah kata kerja pasif diikuti dengan kata kerja aktif memakai manakala hendaklah ialah kata tugas mesti diikuti dengan kata kerja atau kata adjektif. | Tatabahasa | 14.01.2019 |
Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap? | Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2015 |
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu. | Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem. Sila rujuk juga laman-laman web berikut: faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1 www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal | Lain-lain | 12.07.2009 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jumper - jumper harness - abah-abah flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung mateable - boleh sambung wet-mate - penyambung basah fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber 1out harness - 1out harness nominal - nominal mate/unmated - sambung/tak sambung stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang diver - penyelam Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut bulkhead - dinding sekatan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Apakah nama baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri? Sila rujuk kepada gambar. Bolehkah saya namakan baju sejuk? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, baju yang dilampirkan boleh dipanggil sebagai sweater. Menurut data kami, sweater merujuk kepada pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama. Tuan boleh menggunakan perkataan ini jika bersesuaian. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.03.2018 |