Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jakim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul: JAKIM atau Jakim, JAWI atau Jawi (Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan). Minta beri penjelasan. Terima kasih.Kata akronim hendaklah dieja menggunakan huruf besar kerana  hurufnya diambil daripada huruf pertama nama asal atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan, misalnya JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MARA - Majlis Amanah Rakyat.Ejaan17.06.2008
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih.Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim.
Ejaan04.12.2013
Assalamualaikum wrm. wbt. Saya mewakili jabatan saya ingin memohon kod utk penerbitan buku (ISBN). Bagaimana caranya? Buku tersebut ialah: 1) Kamus Kompetensi JAKIM 2) Training Roadmap JAKIM (2020-2025) Mohon perhatian dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih.Assalamualaikum Puan budiman, Untuk mendapatkan nombor ISBN, puan bolehlah mendapatkannya daripada daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) penerbit atau penulis boleh terus memohon ISBN daripada PNM. Semua judul buku layak dipertimbangkan untuk diberikan ISBN selagi memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sila layari portal rasmi PNM untuk maklumat lanjut dan borang permohonan. Terima kasih.Lain-lain21.10.2020
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan.Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim.
Tatabahasa31.01.2013
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?Pada dasarnya  rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar.  Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut.Ejaan20.07.2018
Jabatan saya dalam perancangan untuk membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama JAKIM Touch. Justeru itu, minta nasihat dan pandangan pihak tuan adakah perkataan Touch tersebut perlu di Italic?

Untuk penggunaan dalam iklan atau paparan umum, JAKIM perlu menggunakan nama atau teks dalam bahasa Melayu. Sukacitanya, pihak DBP mencadangkan puan untuk menggunakan nama aplikasi dalam bahasa Melayu, iaitu Sentuhan JAKIM.

 

Penyemakan dan penterjemahan22.04.2025
Assalamu alaikum. Mohon bertanya akronim dalam ejaan Jawi: 1. BSN 2. Jakim 3. KLCC 4. SMKBSP (SMK Bandar Seri Putra)

                            BSN                                            ب  .س  .ن .
Jakim                                                                         جاکيم

                  KLCC                                                 کي۰    ايل ۰ سي ۰ سي۰

                SMKBSP                                           س۰م۰ک۰ب۰س۰ڨ   

Ejaan16.01.2017
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ?
Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
Lain-lain08.10.2015
Assalamualaikum, Saya Majdi bin Mohamad Nor dari Bahagian Penerbitan JAKIM. Bahagian kami bercadang menganjurkan Kursus/Bengkel berkaitan bacaan prüf dan penyuntingan pada bulan Jun 2021. Dengan siapa yang perlu hubungi bagi tujuan tersebut. Terima kasih.

Salam sejahtera,

KURSUS AKADEMI DBP

Untuk makluman permohonan kursus/bengkel DBP boleh dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/
Nombor telefon: 03-2147 0220/0230
Faksimile: 03-2147-0231

Pengurus Projek:

Nama: Encik Adnan Abd. Majid
Telefon:03-2147 0205
E-mel: adnan2@dbp.gov.my

Lain-lain18.05.2021
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quranuntuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.03.2008
12

Kembali ke atas