Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalan besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan yg besar dan bertar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

 

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
saya tahu bahawa celaka bermaksud malang. Tetapi bolehkah kemalangan jalan raya ditukar menjadi kecelakaan jalan raya?Kamus Dewan menakrifkan malang sama ertinya dengan celaka. Merujuk kepada makna yang tersebut kemalangan jalan raya sama ertinya dengan kecelakaan jalan raya, walau bagaimanpun frasa kemalangan jalan raya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.08.2011
1. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 2. Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Ayat yang mana betul? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Kata kerja mengikut mendukung maksud perbuatan "ikut" dan melengkapkan makna ayat tersebut.Tatabahasa10.08.2011
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Kenapa jalan raya dieja berasingan ?Jalan raya merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan.Lain-lain08.08.2010
Yang manakah betul? kemalangan jalan raya ATAU kemalangan di jalan raya ?Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.03.2011
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH"Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". Tatabahasa05.04.2011
Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi.

Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi".

 

Tatabahasa30.05.2011
Salam, yang mana satu antara jalanraya atau jalan raya. terima kasihEjaan yang betul ialah jalan raya.Ejaan21.09.2011
salam... ingin mengetahui cara penulisan perkataan jalanraya yang betul.adakah jalan raya,atau jalanraya.dan juga ejaan treler,sama ada trailer,treller ataupun treler? terima kasihEjaan yang betul ialah jalan raya, treler. Untuk mengetahui ejaan atau makna sesuatu perkataan, sila rujuk kamus.Ejaan14.11.2008
1234567

Kembali ke atas