| perkataan jalur lebar talian tetap (fixed broadband) dan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) adalah kata nama khas atau kata nama am? | Perkataan "jalur lebar talian tetap" dan "jalur lebar mudah alih" merupakan kata nama am. | Lain-lain | 12.04.2022 |
| Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99 | Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
| Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar? | Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar. | Lain-lain | 08.02.2011 |
| Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
| JALUR LEBAR | Assalamualaikum Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sekian. | Lain-lain | 01.09.2010 |
| Terjemahan Community Broadband Centre kepada Bahasa Melayu | Pusat Jalur Lebar Komuniti | Makna | 09.10.2009 |
| fibre broadband dalam bahasa melayu? boleh tidak saya gunakan perkataan broadband untuk papan iklan? | Padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris "fibre broadband" ialah jalur lebar gentian. Sila gunakan istilah bahasa Melayu dalam papan iklan. | Istilah | 23.12.2015 |
| Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu? | Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ | Makna | 03.11.2015 |
| Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih. | Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih | Makna | 08.08.2019 |
| Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih. | Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan. | Lain-lain | 26.05.2019 |