Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ma/]/[ja.maÖ] | جمع

Definisi : Ar kelonggaran yg diberikan utk menghimpunkan solat fardu (dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~; ~ takdim perbuatan menghimpunkan sem­bahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (zohor atau maghrib); ~ takhir perbuatan menghimpunkan sembahyang (zo­hor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (asar atau isyak); menjamakkan menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau maghrib dan isyak) dlm satu waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ma/]/[ja.maÖ] | جمع

Definisi : 1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~nya; sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2. selazimnya; menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan; kejamakan hal yg biasa, lazim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ma/]/[ja.maÖ] | جمع

Definisi : (Lin) lebih drpd satu, banyak; menjamakkan menjadikan banyak (bentuk jamak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ma/]/[ja.maÖ] | جمع

Definisi : memang telah demikian biasanya; lazim. menjamakkan menjadikan (menganggap) biasa; melazimkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ma/]/[ja.maÖ] | جمع

Definisi : 1 lebih drpd satu; banyak. 2 kelonggaran yg diberikan bagi musafir utk menghimpunkan sembahyang dgn syarat tertentu: sembahyang ~. ~ takdim jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (dlm waktu zuhur utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu maghrib utk solat maghrib dan isyak). ~ takhir jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (dlm waktu asar utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu isyak utk solat maghrib dan isyak). menjamakkan 1 menjadikan banyak; menjadikan dlm bentuk jamak. 2 menghimpunkan dua solat, iaitu zuhur dan asar atau maghrib dan isyak, dlm satu waktu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamak
Rujuk :biasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke?taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu.Tatabahasa22.10.2007
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal.Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat.Lain-lain31.12.2010
Apakah kelas kata bagi mufrad dan jamak?Mufrad dan jamak ialah kata Arab yang bermaksud tunggal serta banyak dan dalam konteks itu boleh dikategorikan sebagai kata bilangan. Tatabahasa21.02.2015
Penghuni-penghuni asrama anak yatim... betulke penghuni-penghuni? atau guna penghuni sudah membawa maksud jamak? bagaimana pula dengan penduduk? rakyat? bawa konsep jamak atau tunggal?Penghuni membawa maksud jamak. Oleh itu, tidak perlu diulang. Begitu juga dengan penduduk yang membawa maksud jamak.Tatabahasa08.07.2008
Tuan, Adalah frasa di bawah betul atau salah? 1. Para penduduk bekerjasama membersihkan taman. 2. Penduduk-penduduk bekerjasama membersihkan taman. Adakah penduduk sudah bermaksud jamak? para juga bermaksud jamak? Terima kasih.Untuk makluman, penduduk sudah menujukkan maksud jamak. Sehubungan dengan itu, kedua-dua ayat contoh yang diberikan tidak tepat.Tatabahasa29.06.2016
Mengapakah 'senarai nama-nama' salah? mohon pencerahan..Kata senarai telah menunjukkan jamak dan penanda jamak hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Maka frasa yang betul ialah senarai nama.Tatabahasa04.08.2013
Bolehkah "persons" diterjemahkan sebagai "orang-orang" jika bentuk jamak perlu dan penting dibezakan daripada bentuk tunggal, dan tiada perkataan lain (seperti bilangan, beberapa, banyak) yang boleh/digunakan untuk menunjukkan bentuk jamak? Terima kasih atas panduan.Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak mengikut konteks ayat yang menyertainya, contohnya ... orang kampung bergotong-royong ..., sudah pasti orang di sini bermaksud jamak.Tatabahasa24.06.2011
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak?Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak.Tatabahasa12.05.2011
saya ingin bertanya ttg hukum jamak perkataan.Bolehkah kita mengunakan perkataan seperti ciri-ciri, agensi-agesi,maklumat-maklumat atau yang sama erti dengannya.terima kasihBoleh menggunakan perkataan jamak asalkan tidak menunjukkan unsur lewah, seperti "senarai barang-barang yang perlu dibeli". Dalam contoh yang dinyatakan di atas tidak salah menggunakan perkataan jamak, walau bagaimanapun menggunakan perkataan tunggal seperti ciri, agensi dan maklumat telah memadai dan boleh membawa makna jamak jika disesuaikan dengan konteks sesuatu ayat. Tatabahasa05.05.2010
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas