Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke? | taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu. | Tatabahasa | 22.10.2007 |
Penghuni-penghuni asrama anak yatim... betulke penghuni-penghuni? atau guna penghuni sudah membawa maksud jamak? bagaimana pula dengan penduduk? rakyat? bawa konsep jamak atau tunggal? | Penghuni membawa maksud jamak. Oleh itu, tidak perlu diulang. Begitu juga dengan penduduk yang membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Bolehkah "persons" diterjemahkan sebagai "orang-orang" jika bentuk jamak perlu dan penting dibezakan daripada bentuk tunggal, dan tiada perkataan lain (seperti bilangan, beberapa, banyak) yang boleh/digunakan untuk menunjukkan bentuk jamak? Terima kasih atas panduan. | Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak mengikut konteks ayat yang menyertainya, contohnya ... orang kampung bergotong-royong ..., sudah pasti orang di sini bermaksud jamak. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak? | Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
saya ingin bertanya ttg hukum jamak perkataan.Bolehkah kita mengunakan perkataan seperti ciri-ciri, agensi-agesi,maklumat-maklumat atau yang sama erti dengannya.terima kasih | Boleh menggunakan perkataan jamak asalkan tidak menunjukkan unsur lewah, seperti "senarai barang-barang yang perlu dibeli". Dalam contoh yang dinyatakan di atas tidak salah menggunakan perkataan jamak, walau bagaimanapun menggunakan perkataan tunggal seperti ciri, agensi dan maklumat telah memadai dan boleh membawa makna jamak jika disesuaikan dengan konteks sesuatu ayat. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
Mengapakah 'senarai nama-nama' salah? mohon pencerahan.. | Kata senarai telah menunjukkan jamak dan penanda jamak hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Maka frasa yang betul ialah senarai nama. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
1. Mana yang betul, Bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia? 2. orang atau orang-orang untuk jamak/plural? (Dalam banyak tulisan - akhbar dan buku - 'orang-orang' digunakan untuk bentuk jamak. | 1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. 2. Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Adakah penggunaan perkataan penduduk mendukung makna jamak? Contohnya - Penduduk Malaysia terdiri daripada pelabagai kaum atau Pendudu-penduduk malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Terima kasih | Perkataan penduduk sudah membawa makna jamak. | Tatabahasa | 10.05.2008 |
PENGGUNAAN Semua Rakyat malaysia. Maksud rakyat jamak atau tunggal sebagai kata nama | Frasa semua rakyat Malaysia boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan walaupun perkataan rakyat sudah menunjukkan unsur jamak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |