Ayat-ayat yang berikut yg mana betul? Imbuhan ber..an 1 I Bintang-bintang berkelipan (Jamak) II Bintang-bintang berkelip (Jamak) III Bintang berkelipan (Jamak) Iv Bintang berkelip (Tunggal) 2 I Burung-burung bertebangan (Jamak) II Birung-burung bertebang (Jamak) III Burung bertebangan (Jamak) IV Burung bertebang (Tunggal) | Ayat yang betul ialah: Bintang-bintang berkelipan. Burung-burung bertebangan. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokok | Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat. | 1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia. 2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan. | Ejaan | 12.09.2008 |
Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?). | Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
Bolehkah 'mereka' digunakan bagi (i) haiwan, dan (ii) struktur tubuh? Contoh ayat: Jelaskan motility gaster dan usus serta pengawalaturan mereka. Terima kasih | Menurut buku Tatabahasa Dewan, kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) yang hanya digunakan untuk manusia dan tidak digunakan bagi merujuk binatang dan perkara-perkara lain.Oleh itu, ayat tersebut boleh diubah menjadi “Jelaskan motility gaster dan usus serta proses aturan/kawalannya”. Jika merujuk binatang, kata ganti nama mereka perlulah digantikan dengan nama haiwan yang terlibat. | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Assalamualaikum. Antara ayat berikut yang manakah lebih tepat? i) Bermula daripada tarikh itu atau bermula dari tarikh itu. ii) Dikuis daripada penjuru padang/ dikuis dari penjuru padang. Saya juga berasa keliru dengan contoh ayat yang diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan hlm 191. Contoh ayat yang diberi ialah daun-daun kering berguguran. Bukankah kata berguguran itu sudah membawa maksud jamak. kenapa mesti digunakan pula kata daun-daun. Bukankah ayat yang lebih tepat ialah daun kering berguguran. Saya juga mohon maaf kerana tidak menyedari soalan saya tentang perbezaan kata baru dan baharu telah dijawab oleh pihak DBP pada 3/12/2008. Oleh yang demikian saya telah mengirim soalan yang sama pada 17/12/2008. Saya mohon maaf. Terima kasih. | Yang betul ialah - bermula dari tarikh itu. dikuis dari penjuru padang. Saya bersetuju dengan kenyataan saudara, ayat daun kering berguguran telah memadai kerana berguguran (kamus Dewan: bermaksud gugur dengan banyaknya), cuma ayat daun-daun kering berguguran banyak dijumpai dalam bentuk kreatif. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari | (i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. (ii) Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
(i) Bolehkah kata sendi 'antara' digunakan untuk memulakan sesuatu ayat? Misalnya: Antara punca gejala sosial ialah ... (ii) Boleh kata nama selepas kata sendi 'antara' boleh digandakan? Misalnya: Antara faktor-faktor gejala sosial ialah ... Sekian. | 1. Kata sendi nama antara boleh digunakan di pangkal ayat, contohnya Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Kata nama yang menunjukkan jamak selepas kata sendi nama antara boleh digandakan. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. 2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. 3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan. 4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. 5. klausa atau perenggan atau para - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain. 6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan. 7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian. | Istilah | 09.06.2017 |
Apakah perbezaan antara ucap utama dengan ucaptama. Bilakah kedua-dua perkataan boleh digunakan? Apakah perbezaan perkataan antara dengan di antara? | 1. Ejaan yang betul ialah ucap utama. 2. Frasa sendi nama di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: i. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. ii. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu. 3. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ... (iii) Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza. | Ejaan | 14.09.2011 |