Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ban] | جمبن

Definisi : 1. tempat buang air, tandas; 2. Ph tempat mandi atau basuh kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ban] | جمبن

Definisi : tempat buang air; tandas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamban
Rujuk :tandas

Puisi
 

Mengail ke buntut jamban,
     Dapat pandan tiga kelopak;
Bermain ingatkan zaman,
     Entah di mana badan tercampak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi?Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai.Makna25.07.2012
maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu).Makna05.04.2010
Salam sejahtera, Istilah frasa atau kata kunci dapat disamaertikan dengan lembayung kata atau tidak? Adakah kata majmuk 'lembayung kata' wujud dalam penggunaan BM? Terima kasih.Saudara/saudari, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu).Tatabahasa25.06.2013
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah  1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. Istilah29.06.2009

Kembali ke atas