| Mohon pencerahan penggunaan penjodoh bilangan berikut: Ayat 1:Syura menempah beberapa JAMBANGAN/JAMBAK bunga untuk majlis hari lahir adiknya. Penjodoh bilangan jambangan atau.jambak yang paling sesuai berdasarkan ayat di atas? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jambak bermaksud karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas: sejambak bunga. Manakala jambangan bermaksud tempat meletakkan bunga dan pasu bunga. Berdasarkan huraian di atas, perkataan yang paling betul ialah jambak. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
| Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih. | Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan. Wati: bentuk yg menyatakan perempuan | Makna | 14.04.2009 |
| Boleh terangkan mengapa jawapan salah untuk ayat aktif/pasif untuk gambar yang dilampirkan. | Ayat “Jambangan bunga itu saya gubah untuk ibu” adalah betul. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh (saya, aku, engkau, awak, anda) ataupun kata ringkas (ku, kau) (Tatabahasa Dewan, halaman 491-493) | Tatabahasa | 19.05.2026 |