| saya ingin bertanya adakah pihak anda mempunyai biografi pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad? jika ada, bagaimanakah saya boleh mendapatkannya? kerana saya telah pun cuba untuk mebaca buku Wajah yang merupakan himpunan biodata pengarang yang diterbitkan oleh DBP. namun pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad tidak tersenarai dalam buku tersebut. Oleh itu, jika pihak anda mempunyainya, bolehkah saya mendapatkan biodata Jamilah Haji Ahmad tersebut melalui e-mail? Kerana saya memerlukannya untuk keperluan kerja kursus iaitu mencari tokoh dalam bidang filologi. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Sekian. | Untuk pengetahuan saudara/saudari, Jamilah Haji Ahmad ialah seorang mantan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan biografinyanya secara ringkas, boleh didapati dalam buku Sejarah Kesusasteraan Tradisional terbitan DBP. Untuk memudahkan urusan saudara/saudari boleh juga berhubung terus dengan beliau di no telefon seperti yang berikut, iaitu 03-87366437 | Lain-lain | 21.02.2008 |
| 1. perbezaan antara penggunaan ramai dan banyak untuk manusia. Contoh ayat: a) Jamilah mempunyai kawan yang ramai. b) Jamilah mempunyai kawan yang banyak. Adakah penggunaan perkataan ramai dan banyak dalam kedua-dua ayat tersebut betul? tq..... | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Dalam ayat di atas yang betul ialah Jamilah mempunyai kawan yang ramai. | Tatabahasa | 15.04.2010 |
| Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih. | Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
| salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias? | Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu: 1. SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur. 2. Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan. Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my. 3. Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan. Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut. Sekian, teima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 26.06.2010 |
| Dalam PRPM, kata 'istiqamah' dicantumkan dengan takrif 'Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.' Saya tertarik dengan kata 'juruingat'. Apabila dicari, tiada dalam PRPM. Mengapa? Apakah takrif juruingat? | Untuk makluman tuan, Kamus dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Juruingat membawa maksud tukang ingat dalam bentuk sistem kata nama. | Tatabahasa | 22.02.2019 |
| Adakah kedua-dua cara penulisan unit meter ini boleh digunakan dan yang manakah lebih sesuai (nilai dan unit dijarakkan atau rapat) seperti : 25 km/jam atau 25km/jam dan 10km atau 10 km | Puan Jamilah, Mengikut gaya penulisan dalam buku Gaya Dewan, terbitan DBP, halaman 68; Angka dan unit hendaklah dijarakkan: 3000 kaki per saat 25 km per jam 10 km 11 000 orang | Tatabahasa | 27.02.2009 |
| Asalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. Terima kasih. 1. Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang layak sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60. 2. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana diatelah membuat temu janji dengan doktor. | - Ayat yang betul ialah “Sultan Azlan Shah menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang terpilih bersempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-60.”
-
Kesalahan bahasa dalam ayat tersebut ialah penggunaan frasa temu janji. Frasa yang betul ialah janji temu. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah membuat janji temu dengan doktor.” Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 870. | Tatabahasa | 06.11.2024 |
| Apakah perbezaan istilah 'sifat' dan 'sikap'? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
| apakah perbezaan antara sikap dengan sifat? boleh ke kedua2nya digunakan dalam konteks yang sama? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Istilah | 25.04.2011 |
| munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TK | Perkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah. | Tatabahasa | 13.04.2012 |