Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pe­malu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perempuan yg sudah berkahwin tetapi bercerai dgn suaminya atau kematian suami. menjanda sudah bercerai; hidup sbg janda: Halimah telah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janda I

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Janda belum berlaki.

Bermaksud :

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah gelaran hormat kepada seorang janda. Janda yang bercerai dengan suami, adakah boleh digelar CIK? Janda yang suaminya meninggal, adakah boleh digelar CIK atau PUAN? Terima Kasih.Panggilan hormat ialah puan.Tatabahasa07.07.2007
apakah perbezaan dari segi makna bagi janda dan balu kerana dari segi takrifan janda bermaksud wanita yg tidak bersuami cerai hidup mahupun mati. Bilakah keaadaan yang patut digunakan perkataan janda atau balu?perbezaannya jelas, wanita yang tidak bersuami lagi sama ada disebabkan perceraian atau kematian disebut janda, manakala balu khusus kepada wanita yang kematian suami. Maka perkataan janda digunakan secara umum.Makna09.07.2012
Benarkah panggilan / gelaran bagi seseorang janda itu ialah cik puan ? Atau hanya puan sahaja? Keadaan ini saya ada terjumpa / lihat di dalam buku aturcara sesuatu program di sekolah. Tolong beri penjelasan. Terima kasih.Sdr. skseritiram, secara rasminya memang kita gunakan gelaran puan, panggilan ini digunakan tanpa mengira seseorang itu sudah berkahwin atau belum.Makna16.07.2007
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik PuanGelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan.Makna21.03.2011

Kembali ke atas