Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. sila jangan meludah. 2. harap jangan meludah. 3. tolong jangan meludah. yang manakah betul?Jawapan yang betul ialah 'jangan meludah'.Tatabahasa22.08.2011
Yang manakah betul? 1) Jangan membazirkan elektrik 2) Jangan bazir elektrik 3) Jangan bazirkan elektrikFrasa yang betul ialah Jangan membazirkan elektrik.Tatabahasa29.07.2013
1) jangan membuat bising 2) jangan berbuat bising. mana satu betul?.

Ayat yang betul ialah Jangan bising. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir, halaman 181)

Tatabahasa11.05.2011
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih.Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Contoh:
1. Jangan buang sampah di sini.
2. Jangan berludah di sini.
3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak.
Tatabahasa30.05.2013
Jangan memasuki bilik itu tanpa kebenaran Adakah ayat ini betul ?Penggunaa ayat di atas adalah tepat.Tatabahasa02.09.2012
jangan bohongi saya.. adakah ayat ini betul? terima kasih..

Thrishnaa,

mana dia ayat yang ditanyakan?

Lain-lain07.04.2010
apakah perbezaan antara "usah" dengan "jangan"? saya pernah dengar penjelasan yang mengatakan "usah" digunakan untuk memujuk atau dengan suara yang lembut manakala "jangan" digunakan dalam situasi yang lebih tegas. contohnya - Usah menangis lagi. - Jangan bermain di situ!Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Penjelasan tuan untuk membezakan penggunaan "usah" dan "jangan" betul.Tatabahasa08.07.2013
Yang manakah betul dari segi tatabahasa dan gaya bahasa Melayu? 1. Jangan bazirkan wang walaupun satu sen! 2. Jangan bazir wang walau satu sen! 3. Jangan bazirkan wang walau satu sen pun! Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah "Jangan bazirkan wang walaupun satu sen!"Tatabahasa22.07.2013
1. Apakah beza antara 'jangan' dengan 'usah'? 2. Apakah beza antara 'sila' dengan 'jemput'? 3. Apakah beza antara 'harap' dengan 'tolong'?

1. Kata usah membawa beberapa maksud antaranya jangan. Oleh itu, jangan dan usah sama sahaja maksudnya.

2. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. 

3. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.

Untuk lebih memahami perkatan ini dan perkataan yang lain juga sila rujuk Kamus atau layari laman web DBP di www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa16.12.2010
Bagaimanakah membezakan penggunaan akhiran -i dan -kan. Ayat yang manakah betul penggunaannya. a. Jangan cemari sungai. b. Jangan cemarkan sungai.

Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar. Contoh,: Tingkah lakunya yang tidak sopan mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar. Contoh: Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Jangan cemarkan sungai'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202-208. 

Tatabahasa09.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas