Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih, | Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia. | Istilah | 17.12.2019 |
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. oneng-oneng - anak piut (keturunan yg kelima) 2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus 3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus. 4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp. 5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami 6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetrasperma; 7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan 8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Icacinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata. 9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata. 10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus. 11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni | Makna | 02.04.2014 |