Apakah kesalahan pada ayat ini? 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. | 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. Ayat contoh ini betul. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. Ayat yang betul ialah - Kambing jantan itu ditambat pada pokok rambutan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
1. 'ayam jantan'- adakah dua perkataan itu sudah boleh dikatakan ayat? 2. apakah/bagaimanakah perasaan kamu? yang mana satu betul, apa atau bagaimana?tq | 1. 'ayam jantan'- bukan ayat, sebaliknya ialah frasa. 2. Bagaimanakah perasaan kamu? - ayat yang betul. | Tatabahasa | 17.08.2010 |
1. Adakah kedua-dua ayam jantan dan ayam betina berkokok? 2. Apakah bunyi yang ayam betina hasilkan dipanggil? Terima kasih | Salam sejahtera, Kebiasaannya, hanya ayam jantan yang berkokok manakala ayam betina pula berketuk. Berketuk merujuk kepada bunyi ayam yang baru bertelur. Terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2018 |
Selamat pagi. 8 Ayam jantan Pak Hussin __________ di atas tunggul kayu sambil berkokok. A duduk B hinggap C bertenggek D berlunjur Apakah jawapan yang paling tepat? Apakah perbezaan antara hinggap dan bertenggek? Ter8ma kasih. | Ayam jantan Pak Hussin bertenggek di atas tunggul kayu sambil berkokok. Hingap bermaksud berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu dan bertenggek bermaksud duduk di tempat yang agak tinggi. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut: Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong. | Lain-lain | 19.05.2012 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
Anak saya bertanya tentang penjodoh bilangan untuk ekor. se ? ekor. terima kasih | Tuan, Ekor merupakan penjodoh bilangan bagi binatang: contohnya, seekor lembu, dua ekor lembu jantan, dan sebagainya. | Lain-lain | 21.03.2009 |
Sam Nizar Taufick 6:14PM kenapa perkataan kemaluan digunakan untuk menterjemah alat kelamin? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud alat kelamin ialah kemaluan manusia atau binatang pada laki-laki atau perempuan, jantan atau betina. Manakala maksud kemaluan pula merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah alat kelamin pada manusia lelaki atau perempuan, dalam keadaan malu, berasa malu, rasa malu, rasa aib, sesuatu yang memalukan, keaiban. | Istilah | 02.08.2016 |
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. menyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pelekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubungkan menggunakan sesuatu sbg selubung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. | Lain-lain | 15.05.2010 |
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. | Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 27.01.2012 |