(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. | (Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.) Soalan: 1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh. Jawapan: 1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh. Soalan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini. Jawapan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini. Soalan: 3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Jawapan: 3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Soalan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. Jawapan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.
| Tatabahasa | 17.03.2013 |
Tuan/Puan, Saya warganegara Malaysia, mengambil kursus jarak jauh dari Shanghai Normal Univerisity. Tajuk tesis saya ialah "Perbandingan maksud dan tatabahasa "di atas" antara Bahasa Cina dengan Bahasa Malaysia". Saya telah cuba mencari maksud "atas" dan "di atas" dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=di+atas,tetepi yang terpapar keluar adalah takrif perkataan - perkataan yang mengandungi frasa "di atas" sahaja. Bolehkah tuan / puan ajar saya bagaimana cara saya key in supaya dapat cari maksud "di atas" dan tesis yang berkaitan tentang "kata arah" atau "maksud di atas"? Ribuan terima kasih saya ucapakan. | Untuk makluman, puan boleh mendapatkan maklumat melalui www.prprm.dbp.gov.my dan melihat data daripada pelabagai sumber termasuklah Kamus, Istilah, Khidmat Nasihat dan Korpus. Untuk mengakses makna daripada kamus atau korpus, puan boleh menulis satu kata kunci seperti "atas" dan untuk mendapatkan data daripada sumber-sumber lain seperti Khidmat Nasihat, puan boleh menulis perkataan "atas dan di atas". | Lain-lain | 04.08.2015 |
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem kawalan jauh? Terima kasih. | Sistem kawalan jauh merupakan satu sistem atau peraturan yang dikawal dari jarak jauh. Sistem ini digunakan bagi memudahkan pengawalan yang mengandungi atau menggunakan kecanggihan teknologi. | Makna | 23.12.2013 |
Salam, Saya ingin mengemukakan pertanyaan mengenai penulisan RM XX dalam menulis laporan. contoh. Deposit premis tersebut adalah sebanyak RM500. adakah RM 500 ini ditulis dengan jarak dekat (RM500) atau dengan jarak jauh (RM 500). Terima kasih atas maklium balas anda. Wasalam. | Cara menulis RM500 adalah dekat tanpa jarak. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA? | Saudara Mohd. Iqbal, Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
ASM, 1. Bagaimana perkataan mobile digunakan dalam BM. saya telah mencarinya dalam carian kata tetapi tiada maklumat tentang mobile. contohnya mobile device dan mobile learning tolong tejemahkan ke BM atau apakah istilah yang digunakan dalam BM . TK. | Puan Fairose, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'mobile' ialah 'mudah alih',' bimbit' atau 'bergerak' bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi perkataan 'mobile device' padanan bahasa Melayu ialah peranti bimbit/mudah alih. Bagi perkataan 'mobile learning' konteksnya sama dengan 'e-learning' atau 'distant learning', maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh. | Istilah | 28.05.2010 |
1. Apakah istilah B.Melayu sesuai digunakan untuk menterjemah m-learning (mobile learning) bolehkah digunakan m-pembelajaran? 2. Nyatakan istilah dan ejaan yang betul bagi istilah mobile dalam B. Melayu. Amat sukar untuk menterjemahkan perkataan di atas, diharap pihak DBP dapat mewartakan istilah yang akan digunakan oleh para penyelidik dalam bidang berkaitan. Terima kasih. | Istilah m-learning (mobile learning) tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk kepada istilah yang seumpamanya seperti e-learning padanan dalam bahasa Melayu ialah e-pembelajaran, maka bagi istilah m-learning dalam bahasa Melayu ialah m-pembelajaran. Mobile dalam konteks ini bermasud mudah alih, atau makna lain bagi mobile ialah bimbit atau bergerak. Walau bagaimanapun jika konteks mobile learning sama dengan distant learning, maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh. | Istilah | 25.12.2010 |
Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan. | Tatabahasa | 05.01.2016 |
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq | 1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. 2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. | Tatabahasa | 22.02.2011 |
SALAM.SAYA SEDANG MENCUBA UNTUK MENERBITKAN BUKU,TETAPI SAYA TAK PASTI SAMADA PERKATAAN YANG SAYA GUNAKAN ITU BETUL DARI SUDUT EJAAN DAN JARAK SAMADA JAUH ATAU DEKAT. ADAKAH SATU SOFTWARE YANG BOLEH MENYEMAK KESALAHAN EJAAN DALAM BAHASA MELAYU? | Untuk makluman puan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. | Lain-lain | 03.02.2010 |