| Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih. | 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga .... 4. Kakak suka menanam pokok orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
| Selamat petang. Perbezaan antara membimbit dan menjinjing adalah membimbit digunakan untuk benda yang lebih berat seperti beg bimbit manakala menjinjing digunakan untuk benda yang lebih ringan seperti beg plastik. Adakah penjelasan ini betul? | Untuk makluman, “membimbit” dan “menjinjing” membawa maksud yang sama, iaitu membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah atau membawa sesuatu dengan jari. Tidak ada perbezaaan sama ada barang yang dibawa itu ringan ataupun berat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih ganti. | Tatabahasa | 23.05.2020 |
| Assalamu'alaikum saudara admin, tumpang tanya, dimana boleh saya dapatkan bantuan untuk menyemak ejaan bahasa melayu yang betul? Adakah sudah ada aplikasi kamus bahasa melayu secara atas talian? | Waalaikumussalam dan terima kasih puan Ct Acia kerana menjadikan FB DBP sebagai sahabat. Puan boleh menyelesaikannya melalui dua (2) cara, iaitu yang pertama puan boleh membeli Dewan Eja Pro di mana-mana gerai yang menjual produk DBP atau sekiranya berdekatan dengan DBP boleh membelinya di Kopertasi DBP di Menara DBP Aras Bawah bersebelahan dengan Perbadanan Kota Buku. Kedua puan boleh jadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman dihujung jari untuk mengetahui ejaan yang betul. Terima kasih sekali lagi | Lain-lain | 04.03.2014 |
| Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan grafik peak bahasa untuk ditampalkan di dinding kelas. Saya dah Cuba muat turun daripada Facebook tapi gambarnya jadi pecah, mungkin resolusi sudah rendah. Ada tak grafik tersebut diletakkan di pangkalan lain seperti blog atau laman sesawang yang boleh dimuat turun? Atau mohon emel kepada saya ahsfantasy24@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima Kasih | Waalaikumussalam wrt. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami akan membantu puan. Puan bolehlah manfaatkan slide yang disertakan di bawah. Ini sahaja yang dapat kami bantu dan moga ia dapat membantu. Jadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Terima kasih. 1522151_258714190963581_762892731_n.jpg 1526601_259578650877135_428190174_n.jpg 1958382_607010019369970_1637226529_n.jpg Apa dan Siapa.jpg Lengkung dan Lingkung.jpg PEKA BAHASA Golong dan Gulung.jpg PEKA BAHASA TELOR DAN TELUR.jpg Resmi & Rasmi.jpg Slide1 (1).JPG | Lain-lain | 24.02.2014 |