yang mana betul 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina 2. Jawaban atau jawapan 3. Ahmad melangkah atau melangkahi longkang 4.Tolong gerakkan atau gerak akan jari anda 5. Murid itu ketiduran atau tidur dahulu sebelum membaca buku | 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina - kedua-duanya betul kerana kata baru atau baharu adalah terjemahan kata new (chinese new year) dalam bahasa Melayu 2. Jawaban atau jawapan - kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Ayat yang betul ialah: 3. Ahmad melangkahi longkang; 4.Tolong gerakkan jari anda; dan 5. Murid itu ketiduran/tidur dahulu sebelum membaca buku. - ketiduran dan tidur, kedua-duanya betul mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih. | Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena. | Istilah | 26.01.2011 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1. Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar, pihak sekolah mesti mengadakan Kempen Membaca. Soalan saya-Bolehkah mulakan ayat dengan kata sendi "untuk"? 2. banyak pelajar/ramai pelajar -manakah yang betul? 3. Kita mestilah menghormati guru dengan memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Soalan saya-bolehkah kata sendi "dengan" hadir di hadapan kata kerja? 4. Pakaian gadis itu sangat menjolok/mencolok mata. -mana yang betul? Terima kasih. | 1. Untuk pengetahuan saudara, kata sendi nama untuk boleh berada pada awal ayat. Contoh yang dikemukakan ialah ayat songsang iaitu dengan mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan; mendahului subjek. Contoh ayat songsang yang mudah ialah: Ayat biasa : Hadiah itu untuk ibu. Ayat songsang : Untuk ibu hadiah itu.2. Banyak pelajar/ramai pelajar, Kedua-duanya betul mengikut konteks. Perkataan banyak dan ramai berkongsi pada makna banyak tetapi tidak pada maknanya yang lain. Banyak merujuk kepada bilangan/jumlah tetapi ramai merujuk kepada situasi . 3. kata sendi dengan boleh hadir di hadapan kata kerja.4. Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 29.04.2011 |