Tuan, adakah jejari juga bermakna jari-jari atau banyak jari? Sekian, terima kasih. | Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. | Makna | 18.05.2011 |
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan? | Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya. Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |
Assalamualaikum tuan, Saya tidak menemui perkataan "interlok" dan "dealova" di dalam Kamus Dewan.Mohon bantuan tuan, memberikan maksud perkataan tersebut.Terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami interlok terjemahan kata interlock dalam bahasa Melayu bermaksud memancakan, iaitu menyatukan (menyelang-nyelikan) jari-jari satu tangan dengan jari-jari tangan yang lain. Dealova pula tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 01.01.2011 |
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasih | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula. | Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampah | Lain-lain | 11.05.2010 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan: 1. saya terjumpa perkataan 'ambisius' dalam sebuah teks. saya cari makna 'ambisius' dalam kamus, tapi tiada. apakah makna 'ambisius' yang sebenarnya? adakah sama seperti ambitious? 2. jari-jemariku ATAU jari jemariku 3. asal-usulnya ATAU asal usulnya sekian, terima kasih. | 1. Perkataan ambisius tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami perkataan ambisius ini diambil daripada perkataan bahasa Inggeris ambitious tetapi padanan dalam bahasa Melayunya ialah bercita-cita atau mempunyai cita-cita. 2. Ejaan yang betul ialah jari-jemariku dan asal usulnya. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Adakah perkataan ini betul dari segi hukum tatabahasa? ' surihnya '. Atau ia perlu ditambahkan imbuhan 'kan' menjadi 'surihkannya'? cth ayat: Sebut huruf dan surihnya dengan jari. | Sebagai arahan bentuk kata yang betul ialah surihkannya dengan jari . | Tatabahasa | 03.02.2009 |
Adakah perkataan pencapjarian? Contoh ayat seperti berikut: "Yang pertama menggunakan pencapjarian DNA untuk pengesanan balak pada tahun 2009" | Boleh dibentuk perkataan tersebut daripada kata dasar cap jari menerima apitan peN-...-an menjadi pengecapjarian (bukan pencapjarian), iaitu perihal /proses mengecap jari. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |