Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan | Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi. Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.08.2018 |
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. | Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) yang mana vs di mana 2) jaringan vs penjaringan 3) akhbar vs suratkhabar | 1. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Kata 'di mana' hanya sesuai digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal? Frasa "yang mana" pula tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris. 2. Dalam data kami jaringan bermaksud sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yang telah masuk (dlm) jaring; Jaringan bagi maksud ini merupakan padanan bagi shooting dalam bahasa Inggeris. Manakala jaringan yang kedua merupakan padanan juga bagi perkataan networking yang membawa maksud jajaran atau hubungan dalam sesuatu. Manakala penjaringan pula ialah perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan. 3. Perkataan surat khabar bermaksud naskhah (lembaran kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, manakala akhbar (Arab) (jamak bagi khabar) berita, warta; . | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2016 |
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih. | Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2014 |
Internet? Adakah perkataan Internet kata nama khas? atau Jaringan Internet sahaja kata nama khas? | Selamat ptg. Internet merupakan kata nama khas. Sekain, terima kasih. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar. | Istilah | 15.02.2017 |
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penumbuhan - perihal menumbuhkan. Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya. pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang. Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya. | Istilah | 30.01.2020 |
Tuan / Puan, adakah istilah "baharu" merupakan bentuk lama untuk istilah "baru"? Akan tetapi, ada pandangan kini yang mengatakan istilah "baharu" digunakan untuk merujuk "sesuatu benda atau ciptaan yang baharu", manakala istilah "baru" untuk merujukkan "sesuatu (peristiwa) yang baru berlaku", adakah ini betul? Contohnya, laman jaringan sosial adalah satu medium komunikasi yang "baru" atau "baharu"? Terima Kasih. (Daripada Soo Yew Phong) | Puan Soo, Perkataan baharu /baru( padanan bahasa Inggeris "new") digunakan dalam konteks tahun baharau/baru; rumah baharu/baru, iaitu sebagai kata sifat, manakala perkataan baru(padanan bahasa Inggeris "just" atau "recently") digunakan dalam konteks baru tiba ; baru-baru ini, iaitu sebagai kata bantu. | Tatabahasa | 27.12.2010 |
Tuan, Tumpang bertanya bagaimana hendak membezakan "website" dan "webpage" dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Padanan website ialah tapak web, manakala web page ialah laman web dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Salam sejahtera tuan/puan, Mohon jasa baik tuan/puan tolong menyemak terjemahan berikut: The programme believes that every individual can be excellent and the programme aims to nurture responsible and creative professional communication practitioners (Mandarin language) in supporting the country aspiration of enhancing global networking towards enrichment of the country’s economy. Terjemahan dalam bahasa Melayu: Program ini percaya bahawa setiap individu boleh menjadi cemerlang dan program ini bertujuan untuk memupuk pengamal komunikasi profesional (bahasa Mandarin) yang bertanggungjawab dan kreatif dalam menyokong aspirasi negara untuk menambah jaringan global ke arah peningkatan ekonomi negara. Terima kasih. | Cadangan Padanan Terjemahan: Program ini yakin bahawa setiap individu boleh menjadi cemerlang. Program ini bertujuan memupuk pengamal komunikasi profesional (bahasa Mandarin) agar bertanggungjawab dan kreatif dalam mendokong aspirasi negara bagi mempertingkat jaringan global ke arah memperkaya ekonomi negara. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.08.2017 |