Saya ingin mengisi Borang Komposit Permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan - Maj. Perbandaran Jasin. Di ruangan (D) terdapat sesalinan Sijil Pengesahan Bahasa dari DBP. Bagaimanakan untuk memohon?Maaf sebab saya tidak jumpa utk klik permohonan | 1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 01.09.2021 |
Salam sejahtera tuan/puan, Mohon semakan cadangan tanda nama tempat makan seperti berikut: Medan selera orang Jasin Sekian terima kasih | Untuk papan iklan, mohon membuat permohonan melalui potal DBP, iaitu http:dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 02.08.2017 |
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosial | Sila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 Terperinci | Lain-lain | 07.09.2007 |
As salam tuan, Bagaimana untuk saya dapatkan salinan sijil pengesahan Bahasa dari Dewan Bahas dan pustaka (DBP) untuk contoh draf papan tanda yang saya sertakan ini (dilampirkan dalam fail). Ini kerana sijil tersebut diperlukan untuk saya membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan dengan Majlis Perbandaran Jasin, Melaka. harap tuan dapat bantu saya. sekian terima kasih Hazlen Jisan 0196625360 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (carian melalui Google). Iklan yang disahkan oleh pihak kami akan memperoleh sijil pengesahan yang boleh dicetak untuk dikemukakan kepada pihak PBT. | Lain-lain | 21.11.2016 |