| apakah ciri-ciri peribahasa dalam masyarakat brunei?dan apakah contoh-contoh peribahasa yang digunakan oleh masyarakat brunei? | Soalan saudara tidak ada jawabannya dalam sumber rujukan kami, sila rujuk perpustakaan berhampiran/dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
| pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
| 1. Ada berapa jenis pola ayat dalam bahasa Melayu?~(FN+FN), (FN+FK),(FN+FS),(FN+FA) 2. Apakah pola ayat untuk ayat ini? ~(Adalah sukar untuk kami mengatasi masalah itu). Adakah jawabannya ialah(FA+FS) | 1. Seperti yang telah disenaraikan oleh pihak tuan, pola ayat ada empat. 2. Adalah sukar untuk kami mengatasi masalah itu, ayat ini tidak gramatis dan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana pola yang tersebut. | Tatabahasa | 26.08.2015 |