Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. 2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu. 4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Sekian, terima kasih. | Makna | 07.08.2017 |
Merujuk kepada jawap an yang tuan bagi(Bilangan 1 dan 2),yang mana satu tepat?terima kasih | Ayat yang betul ialah Navin menampal poster. Merujuk Kamus Dewan menampal bermaksud merekat sesuatu seperti pelekat dan poster pada sesuatu, maka kata menampal lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 12.07.2015 |
Jawap semua soalan pada Buku Jawapan. atau Jawap semua soalan dalam Buku Jawapan. | Ayat yang betul ialah "Jawab semua soalan pada buku jawapan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 274-275. | Tatabahasa | 08.05.2024 |
Manakah antara berikut adalah betul? a. Jawap semua soalan di dalam Kertas Jawapan Objektif. b. Jawap semua soalan pada Kertas Jawapan Objektif. | Ayat yang betul ialah "Jawab semua soalan pada kertas jawapan objektif." | Tatabahasa | 05.05.2024 |
Apakah perbezaan antara "kebertanggungjawapan" dan "kebertanggungjawaban" dan bagaimana penggunaannya? | Jawap dan jawab boleh digunakan dan merupakan varian. Jawab adalah betul dari segi morfologi manakala jawap pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawap sebagai subentri kepada jawab. Perkataan yang lebih tepat ialah kebertanggungjawaban | Tatabahasa | 19.12.2017 |
Saya pernah melihat pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut di jawap olewh Dewan Bahasa sendiri. Tetapi pemenggalan perkataan tersebut berbeza dengan apa yang DBP baru-baru ini jawap kepada saya. Jawapan yang saya perolehi baru-baru ini adalah: 1. makanan (ma.ka.nan) 2. bayaran (ba.ya.ran) Walaubaimanapun, saya ada terjumpa di online DBP menjawap pemenggalan perkataan bagi perkataan seperti di atas adalah seperti berikut: 1. makanan (ma-kan-an) 2. bayaran (ba-yar-an) Disini saya ada sertakan sekali gambar sebagai bukti pemenggalan perkataan bagi perkataan berikut yang sebelum ini saya temui dijawap oleh DBP. Mohon supaya pihak dapat memberikan pencerahan bagi situasi ini. Terima kasih:) | Salam sejahtera, Tuan, Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun]. Contoh: ma-kan-an (pemenggalan suku kata) ma-ka-nan (pemenggalan sebutan) ba-yar-an (pemenggalan suku kata) ba-ya-ran (pemenggalan sebutan) Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
yang manakah ejaan yang betul "jawap" atau "jawab" ? | - Ejaan yang betul ialah "jawab".
| Ejaan | 29.03.2013 |
Ever Low 4.46 PTG MINTA TOLONG SAYA HARI HARI CALL 03-2147 9400 03-2147 9500 032147 9600 TAK ORANG JAWAP! SAYA NAK TANYA TENTANG PENGESAHAN BAHASA UNTUK PAPAN IKLAN, BOLEH CALL SAYA 012-6138069 | Mohon maaf atas perkara tersebut. Pihak kami akan menghubungi pihak tuan dengan segera. Terima kasih. | Lain-lain | 23.08.2017 |
Kpd,Tuan/Puan, Saya Angelin dengan ini menyertakan salinan papan iklan syarikat saya supaya mendapat nesihat ejaan bahasa, sila tuan semak dan jawap secepat mungkin yang mana pihak perbandaran sedang menunggu jawapan saya, sekian terima kasih. | Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu bagi visual papan tanda iklan, sila daftar akaun melalui dbpsahbahasa.my dan rujuk panduan pendaftaran yang disediakan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 15.11.2021 |
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasih | Untuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain). Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut. | Ejaan | 06.02.2013 |