Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatan­kuasa yg berfungsi menentukan tertib ke­giatan tertentu serta mengawasi arah per­jalanannya agar mencapai matlamat yg di­kehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatankuasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan jawatankuasa induk dengan jawatankuasa kerja ? Sila berikan contoh yang sesuai. Terima kasih. Menurut Kamus Dewan jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil. Jawatankuasa kerja pula merujuk kepada jawatankuasa yang berada dibawah jawatankuasa induk dan ia boleh dibentuk untuk membantu tugas-tugas sesebuah organisasi.
Lain-lain02.09.2015
Apakah perbezaan makna antara' Jawatankuasa pengelola' dengan ' Jawatankuasa kerja'?Jawatankuasa pengelola dan Jawatankuasa kerja menpunyai maksud yang sama. Penggunaannya bergantung kepada konteks dan situasi.Lain-lain02.03.2010
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar.

Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Tatabahasa03.11.2008
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya.

Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

Tatabahasa03.03.2010
Assalamualaikum. Istilah mana yang betul? 1. "Ahli jawatankuasa biro" atau "Ahli Biro"? 2. "Ahli jawatankuasa Lajnah" atau "Ahli Lajnah'? Sebab BIRO dan LAJNAH sudah mewakili JAWATANKUASA. Pada pandangan saya, yang betul adalah AHLI BIRO atau AHLI LAJNAH. Pohon pandangan. Terima kasih.Untuk makluman puan, biro dan lajnah melaksanakan fungsi seperti sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kegiatan. Frasa yang betul ahli biro dan ahli lajnah.Istilah27.07.2015
saya ingin bertanya samada kita boleh menggunakan perkataan "Pengarkiban" untuk nama sesuatu jawatankuasa. Sebagai contoh.. Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Pengarkiban kuala lumpur. Saya tidak berapa faham maksud pengarkiban. TerimakasihPengarkiban ialah padanan archiving dalam bahasa Melayu, iaitu proses atau perihal mengarkibkan. Satu lagi bentuk kata yang wujud ialah kearkiban yang bermaksud segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan atau urusan) arkib. Melihat kepada fungsi dan konteks penggunaan itu, kami mencadangkan perkataan kearkiban yang digunakan menjadi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Kearkiban kuala lumpur.Tatabahasa12.11.2014
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Tatabahasa02.03.2010
Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima KasihPihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan.Lain-lain04.09.2014
Ke jawatankuasa? atau perkataan laian yang sesuai.Soalan tuan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan jelas menggunakan tatabahasa yang betul. Tuan boleh melayari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan lanjut.Tatabahasa18.10.2013
ahli jawatankuasa PIBG akan ...........cadangan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid sekolah a)mencari-cari b)meminta-minta c)mengamat-amati d)mengagak-agakJawapan yang boleh diterima ialah (c) mengamat-amati kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengamat-amati bermaksud 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis.Tatabahasa08.09.2009
12345678910...

Kembali ke atas