1. Apakah perbezaan antara murid dan pelajar ? 2. Bolehkah menggunakan awalan 'meng' untuk simpulan bahasa, contohnya : mengikut jejak | 1. Murid sama maksudnya dengan pelajar. 2. Simpulan bahasa dikekalkan seperti yang sedia terakam dalam pangkalan data. Ungkapan mengikut jejak betul seperti dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Mana satu yang betul? 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat. 2. Mereka dibebankan oleh tekanan yang berat. Mana satu yang betul? 1. mengikut jejak rakan sebaya 2. mengikut jejak langkah rakan sebaya | Ayat yang betul ialah 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat. Manakala Ayat 2 perlu diubah menjadi "Tekanan yang berat dibebankan kepada mereka". Ayat 1: Mengikut jejak rakan sebaya. (bermaksud mengikut "bekas tapak kaki" atau "bekas laluan") manakala Ayat 2 : Mengikut jejak langkah rakan sebaya ( bermaksud menyusul/membayangi) Jadi, kedua-dua ayat ini betul, berbeza pada maksudnya sahaja. | Tatabahasa | 07.08.2014 |
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ? | Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya). | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Salam sejahtera. 1) Guru Besar memberikan ucapan semasa perhimpunan. 2) Guru besar memberikan ucapan semasa perhimpunan. Ayat yang manakah betul? Adakah "mengikut jejak" suatu peribahasa dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Guru besar memberikan ucapan semasa perhimpunan". Guru besar ialah kata nama am. "Mengikut jejak" bukan peribahasa Melayu teapi frasa perkataan yang membawa maksud meniru perbuatan orang yang terdahulu. | Ejaan | 23.04.2018 |
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
Saya sering keliru dengan pengendalian perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam surat rasmi. Sekiranya saya perlu menulis sesuatu ayat seperti contohnya 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies) pada 1.12020. ataupun 1a. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies-italic) Mana satu ayat yang betul? Ayat kedua 2. Saya telah menjalankan audit trail (italic) pada 1.1.2020 Mohon pandangan bagaimana menulis kata nama khas dalam Bahasa Inggeris ke dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah perlu dikurung dan dicondongkan dalam kurungan tersebut? Atau hanya dicondongkan tanpa kurungan? | Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul seperti contoh yang diberikan ialah 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama pada 1.1.2020 2. Saya telah menjalankan jejak audit pada 1.1.2020 Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.07.2020 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Soalan-soalan berikut merujuk kepada istilah yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat: 1) Istilah "heatmap" merujuk kepada representasi data dalam bentuk peta atau rajah yang dalamnya nilai data digambarkan sebagai warna. Apakah istilah yang sesuai untuk "heatmap" dalam bahasa Melayu - bolehkah "peta haba" diterima? 2) Istilah "funnel analysis" merupakan suatu kaedah untuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil di laman web dan berapa ramainya pengguna yang melalui setiap langkah tersebut. Set langkah-langkah tersebut dirujuk sebagai "funnel" atau "corong" kerana bentuk yang biasa menggambarkan aliran pengguna adalah serupa dengan corong di dapur atau garaj. Apakah istilah yang sesuai untuk "funnel analysis" dalam bahasa Melayu - bolehkah "analisis corong" diterima? 3) Manakah terjemahan "track" yang lebih sesuai dalam konteks bidang teknologi maklumat - "mengesan" atau "menjejaki"? Contohnya "track information" atau "track users". Sekali lagi, terima kasih. | 1. Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi heat map. Pihak kami telah memanjangkan ke dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang betul. 2. Analisis Corong boleh digunakan. 3. Perkataan yang boleh digunakan ialah jejak pengguna bagi terjemahan tracks users. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2019 |
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih! | Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’ ialah rerumah ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.1"> Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. 1"> | Istilah | 22.12.2014 |