Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jejantas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantasMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah mela­lui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya"Tatabahasa15.05.2019
Adakah perkataan 'jejambat' dan juga 'jejantas' merupakan perkataan akronim? Jika benar, apakah perkataan yang bergabung sehingga terhasilnya perkataan tersebut? Terima kasih."Jejambat" dan "jejantas" bukan akronim, tetapi merupakan padanan bagi perkataan flyover (jejambat) dan overhead bridge (jejantas) dalam bahasa Melayu.Istilah26.05.2011
Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas _____ menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Apakah jawapan yang betul ?Jawapan yang betul ialah C. sambil
Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas sambil menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang.
Lain-lain16.12.2021
adakah "jejantas" tergolong dalam kata ganda separa?Untuk makluman, kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian perkataan dasar digandakan.

Contohnya seperti yang berikut:

1. lelaki - daripada perkataan "laki"
2. tetamu - daripada perkataan "tamu"


Oleh itu, perkataan "jantas" tidak wujud dalam Kamus Dewan sebagai kata dasar. Perkataan "jejantas" hanya diiktiraf sebagai sebagai entri sah. Perkataan "jejantas" juga merupakan kata dasar tunggal.


Untuk maklumat lanjut tentang kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa31.08.2025
Sky BridgejejantasIstilah08.04.2008
Penggunaan BM di atas papan iklan jejantasPenggunaan bahasa dalam iklan ini betul. Sila daftarkan iklan dalam "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk pengesahan dalam talian.Tatabahasa31.10.2011
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lalu atau sambil. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas __________menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Terima kasih untuk jawab soalan saya.

Jawapan untuk soalan tersebut ialah C. “sambil”. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas “sambil” menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang.

Lain-lain31.12.2021

Kembali ke atas