Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan; ~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; b) jarak yg me­rupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya di­panggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan ber­saiz tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : jari-jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jejari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009
Tuan, adakah jejari juga bermakna jari-jari atau banyak jari? Sekian, terima kasih.Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. Makna18.05.2011
tuan, apakah jawaban untuk soalan ini? _____ Ali berdarah tertusuk duri. A. kekisi B. lelangit C. jejari Bolehkah 'duri' dalam soalan tersebut bermakna 'ikan tulang'? Perlukah kita hanya tulis 'duri' sahaja atau perlu tulis 'duri ikan' baru membawa erti 'tulang ikan'? Sekian, terima kasih.

Jawapan yang betul ialah B. lelangit. 'Duri' dalam Kamus Dewan bermaksud bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang.  Untuk lebih jelas dan tidak mengelirukan lebih baik ditulis duri ikan sekiranya memang merujuk kepada tulang ikan.

Makna20.05.2011
Bagaimanakah menggunakan tanda sempang dalam kata ganda?

Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:

i. penggandaan penuh

ii. penggandaan separa

iii. penggandaan berentak.

Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya:

laki --->  lalaki --- >lelaki

siku ---> sisiku ---> sesiku

jari --- > jajari --- >jejari 

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus . Terima kasih. 

Tatabahasa08.02.2009

Kembali ke atas