Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.las] | جلس

Definisi : jelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; ke­terangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak ber­sem­bunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ da­hulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.las] | جلس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit, Enrycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.las] | جلس

Definisi : 1 terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata: Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~. 2 selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll): Hutangnya di kedai kain itu sudah ~. menjelaskan 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas: ~ makna adalah penting. penjelasan 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. penjelas 1 orang yg menjelaskan sesuatu. 2 apa-apa yg digunakan utk menjelaskan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,

Peribahasa

Seperti tabuhan di dalam tukil.

Bermaksud :

Gema suara yang kurang jelas hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JELAS SECARA TERPEINCI BERKAITAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN

Huruf Vokal
Dalam sisitem ejaan Rumi, ada lima huruf voKal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem voKal atau bunyi voKal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, I, o dan u. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem voKal iaitu, fonem e pepet dan fonem e taling.

Huruf Konsonan
Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan.

 Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan.

Untuk menjelaskan lebih terperinci, saudara boleh menggunakan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu oleh Ismail Dahaman terbitan DBP untuk rujukan.

Tatabahasa29.04.2013
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal.Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. Tatabahasa15.09.2011
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih!

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara dan  pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti.

Tatabahasa27.07.2010
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat.

Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata.

Makna22.10.2012
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan.

1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul.  Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat  dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan.  

2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new'  ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi.  

Tatabahasa20.05.2011
definisi jelas

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain10.12.2010
tidak jelas akan penggunaan perkataan-perkataan berikut: 1. baru 2. baharu 3. bahru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal.105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Baharu sebagai kata adjektif seperti dalam penggunaan "baju baharu", "rumah baharu". Kata baru pula sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan "baru sampai" dan "baru-baru ini". baharu pula, adalah untuk ejaan Johor Baharu sahaja. harap mkalum.

Tatabahasa02.01.2008
Saya kurang jelas tentang penggunaan frasa "..... bercerita tentang " dan " bercerita mengenai"Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana kata 'tentang' dan 'mengenai' adalah saling berganti, bergantung pada keadaan yang tertentu. Tatabahasa10.07.2008
Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih.Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.Tatabahasa23.10.2012
AsibidibamSoalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.Lain-lain18.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas