APAKAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIKIRAN INTUITIF. TOLONG JELASKAN SEJELAS-JELASNYA DENGAN MEMBERI GEMBARAN YANG MENYELURUH TERMASUK CONTOHNYA SEKALI | Pemikiran intuitif ditakrifkan sebagai pemikiran yang menurut atau berasaskan intuisi atau kesedaran, (kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau melayari laman web DBP bagi mendapatkan tajuk-tajuk buku yang sesuai berkaitan pemikiran intuitif ini, dengan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan mendapatkan bahan melalui carian. | Makna | 09.10.2007 |
Lydia Ng Meng Hui Sep 21st, 2:11pm Salam sejahtera. Saya ingin tanya tentang penjelasan bagi istilah "duct tape" dalam laman web DBP yang dengan jelasnya adalah salah. Harap2 pembetulan boleh diambil. Ini rangkaian bagi muka surat yang disebutkan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=duct+tape&d=10 Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. | Lain-lain | 21.09.2015 |
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera | Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya. Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan. | Lain-lain | 23.04.2010 |
Soalan : Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN Jawapan : Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. Terima kasih SOALANNYA IALAH EJAAN WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN BETUL KE TAK? Apa yang tidak jelasnya. Baca la betul-betul ya. Gunakan ilmu kefahaman. | Penggunaan kata dan ejaan yang betul ialah "Bengkel JKR Daerah Pontian". | Tatabahasa | 16.06.2015 |
Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya.. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 13.01.2012 |
Salam 1Malaysia, kesalahan mententeramkan ataupun mengkagumkan, yakni huruf awal 't' dan 'k' tidak digugurkan itu tergolong dalam kesalahan ejaan ataupun imbuhan. Hal ini demikian kerana ada guru bahasa Melayu menyatakan kesalahan tersebut tergolong dalam kesalahan imbuhan, dan sebaliknya. Sekian. | Imbuhan ialah bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata dan menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa. Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu, awalan, akhiran, sisipan fan apitan. Kesemua jenis imbuhan ini ada peraturan yang tersendiri yang diperincikan dalam buku Tatabahasa Dewan. Jelasnya, kesalahan imbuhan apitan dalam mententeramkan dan mengkagumkan dikagegorikan sebagai kesalahan imbuhan. Kesalahan ejaan, contohnya ejaan sharat sepatutnya syarat, ma’af sepatutnya maaf. | Tatabahasa | 15.02.2014 |
Salam DBP, Boleh jelaskan penggunaan 'dari' dan 'daripada'? Cth: "Saya dari Kedah" atau "Daripada siang sampai malam..." Terima kasih | Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya. Jelasnya, ayat “Saya dari Kedah” betul, manakala ayat yang kedua sepatutnya “Dari siang sampai ke malam...”. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-269. | Tatabahasa | 10.03.2014 |
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan kepada soalan saya sebelum ini. Soalan hari ini. Saya sedang menulis satu kertas kerja pelaksanaan yang isi kandungannya tentang "mengadakan satu perbincangan /roundtable talk dengan pelbagai agensi daripada kpm, industri , ipta dan agensi/kementerian yang ada peruntukan bantuan atau tabung untuk usahawan. objektifnya adalah untuk mengadakan satu kerjasama agar para pelajar lepasan kolej vokasional diberi ruang untuk terus diambil bekerja di industri berkaitan, atau boleh terus melanjutkan pelajaran dan akhirnya jika mereka ingin jadi usahawan, ada quota dalam tabung usahawan sedia ada untuk buat pinjaman. Semua ini tertakluk kepada kelayakan yang juga akan dibincangkan. Saya beri tajuk DIALOG INTEGRASI HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL tetapi ditegur seperti tidak menepati apa yang ingin disampaikan. Atau adakah perkataan integrasi itu yang tidak sesuai? Pohon pencerahan dan cadangan. terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian dan lain-lain) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Tajuk yang dicadangkan daripada dua ayat iaitu, (1) Integrasi Hala Tuju dalam Pendidikan Vokasional; dan (2) Integrasi Laluan Kerjaya dalam Pendidikan Vokasional. Ayat (1) boleh difahami sebagai penggabungan matlamat atau sasaran pelbagai agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Ayat (2) boleh difahami sebagai penggabungan Laluan Kerjaya dalam agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Jelasnya, ayat (1) relevan dan boleh dicapai, manakala berbeza dengan makna ayat (2) ...penggabungan laluan kerjaya yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional di pelbagai agensi. DBP mencadangkan tajuk yang lebih umum, iaitu DIALOG HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL. | Makna | 05.03.2014 |
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang? | Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah. Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut: (i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda? (ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan? Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya: (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau Apakah yang di dalam kotak itu? (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya? (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam? Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
Salam sejahtera atau Selamat sejahtera? Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya ingin tanya maksud prasarana. Adakah prasarana termasuk unit dan jabatan? Saya sedang buat tugasan tentang prasarana di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah saya beritahu saya prasarana tidak termasuk dalam prasarana. Prasarana maksudnya ialah perkhidmatan asas yang dapat membangun sesuatu dan saya berpendapat jabatan atau unit di IPG ada beri perkhidmatan. Saya juga ingin tanya tentang perbezaan antara prasarana, kemudahan dan infrastruktur. Terima kasih. | · (1) Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. · (2) kemudahan sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan) perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya. · (3) infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, prasarana. · Jelasnya, ketiga-tiga perkataan bersinonim antara satu sama lain, yang penting kata kunci kemudahan dan perkhidmatan asas. | Makna | 21.02.2014 |