1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat? | Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
Dia menyapu jem pada roti atau Dia menyapukan jem pada roti Apakah perbezaan antara ayat -ayat di atas? | Kata dasar “sapu” boleh menerima awalan meN- dan meN-…-kan. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan “menyapu” tidak sesuai digunakan. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1964 - 1965, menyatakan perkataan “menyapu” bermaksud “membersihkan sesuatu, mengesat, mengelap dan mencecah.”, manakala perkataan “menyapukan” bermaksud “melumurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.” Oleh yang demikian, ayat yang lebih tepat ialah “Dia menyapukan jem pada roti.” Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 15.10.2024 |
Adakah ayat ini betul? Buah manggis boleh diproses untuk digunakan jem manggis. | Buah manggis dapat diproses untuk dijadikan jem. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Salam sejahtera, Mohon nasihat untuk penggunaan tatabahasa berikut: 1. Jem ini saya dapat dari / daripada kenduri itu. <-- Kenduri merupakan tempat atau punca dalam ayat ini? 2. Saya kembali dari / daripada ambang maut. <-- Ambang maut di sini ialah abstrak, jadi dari atau daripada? Terima kasih atas pencerahan. | Penggunaan perkataan dari/daripada yang betul dalam ayat berikut ialah: 1. Jem ini saya dapat daripada kenduri itu; atau Jem ini saya dapat dari tempat kenduri itu. (Sekiranya dimasukkan perkataan tempat, jika perkataan kenduri sahaja dimasukkan, ia masih dianggap sebagai sumber) 2. Saya kembali daripada ambang maut. | Tatabahasa | 18.11.2022 |
Apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk confiture? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah confiture ialah jem. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.06.2023 |
Bolehkah padanan bagi “uncorrected” dalam konteks ayat di bawah ini dipadankan dengan “tidak diambil kira” atau terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas. 246. (2) Jam shall contain not less than 65 per cent of soluble solids determined by refractometry at 20°C that is uncorrected for insoluble solids. 246. (2) Jem hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 65 peratus pepejal larut yang ditentukan dengan refraktometri pada 20°C yang tidak diambil kira untuk pepejal tidak larut. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, uncorrected lebih tepat dipadankan dengan "tidak diambil kira". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 30.06.2021 |