Jenama lain : "Kulit yang nampak leih cerah" Loreal : "kecerahan yang oleh diukur" | gunakan tanda petikan " " | Lain-lain | 26.03.2007 |
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & Komunikasi | Pada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2014 |
Jualan Barangan- Jenama Terkenal | Sila layari iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa. | Lain-lain | 13.09.2016 |
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVM | Jenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Ini ialah/adalah jenama yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. | Ini ialah jenama yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku' | Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata. | Tatabahasa | 17.03.2007 |
Merujuk no.pendaftaran 27532/2014 yang "tidak lulus'. Tajuk Iklan "HEARTS" ialah jenama barang barang yang dijual. Apa cadangan tuan supaya boleh di luluskan? | Untuk makluman tuan, DBP tidak mengesahkan jenama atau nama khas. Sila masukkan keterangan iklan dalam bahasa Melayu di bahagian atas Hearts seperti Perhiasan Wanita. | Lain-lain | 11.11.2014 |
Saya daripada sebuah syarikat pengiklanan. Saya ingin bertanya sama ada kita boleh memaparkan iklan bercetak di suratkhabar menggunakan bahasa lama/klasik daripada tahun 1940an kerana ingin mengikut kempen yang dilaksanakan oleh sebuah jenama minuman. Soalannya bolehkah perkataan lama itu digunakan bertujuan kempen jenama itu? Terima kasih. | Bahasa klasik atau lama boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut terkandung di dalam Kamus Dewan. Untuk makluman, ada sesetangah perkataan masih diterima dan saudara perlu peka terhadap ejaan lama yang tidak diterima dalam Kamus Dewan. | Lain-lain | 29.03.2013 |
Minta Pengesahan | Kami tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 19.11.2015 |
BUTIK KITA IALAH MENJUAL KASUT DAN PAKAIAN JENAMA DR.CARDIN. DC TRIBE IALAH 'TRADE NAME" BAGI BUTIK DR.CARDIN YANG MENJUAL BARANGAN YANG TARGET MARKET IALAH REMAJA.TUJUAN SAYA MERUJUK IALAH UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG BETUL DARI PIHAK DBP BAGI TUJUAN PERLESENAN. | Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan bahasa, sila pilih domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 31.03.2014 |