Mengapakah kata 'jengkaut' tidak dipadankan dengan istilah 'excavator' dan tiada dalam kamus dewan edisi keempat walaupun penggunaannya meluas oleh penutur Melayu. Adakah kata jengkaut akan masuk dalam Kamus Besar yang akan diterbitkan tahun hadapan? | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, excavator diterjemahkan sebagai mesin pengorek. Dalam istilah pelbagai bidang, excavor dieja sebagai ekskavator. Setakat hari ini, tiada pemakluman perkataan jengkaut dimasukkan dalam Kamus Besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2018 |
apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'jengkaut' sebab terdapat istilah ini dalam buku teks murid darjah enam dalam subjek Bahasa Malaysia.terima kasih. | Jengkaut ialah jentera yang digunakan untuk kerja-kerja mengaut. | Lain-lain | 08.05.2010 |
Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut) | Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2018 |
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya? | 1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut. 2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang). | Istilah | 26.02.2011 |