Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin, melangsungkan per­kah­winan; berjenjang, berjenjang-jenjang ber­tang­ga, bertingkat-tingkat; pemilihan ~ pe­milihan secara bertingkat (tidak secara lang­sung drpd rakyat); sawah ~ sawah yg bertingkat-tingkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jenjang
Rujuk :tangga

Puisi
 

Kalau dapat kelapa tumbuh,
     Kan den tanam di bawah jenjang;
Kalau dapat kata nan sungguh,
     Kan digonggong dibawa terbang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Naik dari janjang,
     turun dari tangga.

Bermaksud :

Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikuk! Tuang, saya ingin bertanya perkataan JINJANG dan JENJANG yang terdapat dapam kamus PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Jinjang - si ketua dan lebih merujuk hatntu atau perkara-perkara tidak baik Jenang - merujuk tangga, leher dan jenjang pelamin. Tetapi dalam contoh perkataan lain, contoh perkataan SAMBUT perkataan jinjang juga ditulis JINJANG PELAMIN. 1. Adakah boleh bertukar ganti jinjang pelamin dengan jenjang pelamin?

Jawapan yang betul ialah jenjang pelamin.

Tatabahasa16.07.2010

Kembali ke atas