Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut) | Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2018 |