definisi industri berat dan definisi industri ringan | Merujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain. | Istilah | 21.09.2008 |
Salam, Apakah istilah yang betul untuk 'jentera penuai'? Terima kasih. | Jentera penuai ialah istilah yang betul, iaitu jentera yang digunakan untuk memudahkan kerja pertanian. | Istilah | 03.05.2013 |
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietary | Mekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya. | Makna | 26.11.2007 |
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan menterjemahkan istilah 'grounded'. Ia membawa maksud seseorang pekerja yang tidak dibenarkan menjalankan tugas mengendalikan jentera yang tinggi cthnya kren atas sebab disiplin,kemalangan sebagai merehatkan peketja tersebut. Oleh kerana tiada istilah melayu yg sesuai, kami masih menggunakan grounded. Harap pihak tuan bantu. TQ | Melihat kepada konsep/pengertian grounded kami mencadangkan istilah "kerja ringan" bagi menerangkanistilah tersebut dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.10.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'jengkaut' sebab terdapat istilah ini dalam buku teks murid darjah enam dalam subjek Bahasa Malaysia.terima kasih. | Jengkaut ialah jentera yang digunakan untuk kerja-kerja mengaut. | Lain-lain | 08.05.2010 |
Tolong menterjemahkan perkataan di bawah ke bahasa melayu untuk kegunaan papan iklan: Pembekal alat-alat "Hardware and machinery" Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul ialah: Pembekal Barang Logam dan Peralatan Jentera | Lain-lain | 31.10.2011 |
boleh beri maksud "kosa kata istilah" dan sedikit contoh ? terima kasih ! | Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, trpat dan sesuai dalam sesuatu ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang sains politik. | Lain-lain | 24.05.2013 |
1. Ingin bertanya mengenai penggunaan awalan ber, men dan lain-lain dari segi tatabahasa adakah wajib diletakkan ataupun tidak mengapa. contoh Ali main bola/ Ali bermain bola; Dia cari makanan/ dia mencari makanan. 2. Dia membajak sawah dengan menggunakan jentera. dengan menggunakan salah atau pun tidak kerana maksud yang sama? | Awalan ber-... dan meN-... melengkapkan makna perbuatan yang dilakukan. Contohnya awalan meN-...mendukung maksud melakukan sesuatu seperti memasak - Emak memasak nasi, menggoreng - Pak Amat menggoreng pisang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 161-170. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum." | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 02.07.2013 |