Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ra.ya.wa.ra] | جراياوارا

Definisi : persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg ber­­kunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan pa­meran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerayawara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin tahu apakah perkatan-perkataan yang membentuk JERAYAWARA ? Misalnya CERPEN adalah daripada perkataan 'cerita pendek'. Terima kasih. Musa Rashim

Kata jeraya dan wara membentuk perkataan jerayawara sebagai padanan roadshow dalam bahasa Melayu.

Istilah18.07.2009
Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan?Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow.Tatabahasa23.02.2009
adakah perkataan di bawah perlu dieja dengan huruf besar di depan kata 1) agensi atau Agensi, 2) kerajaan atau Kerajaan 3) unit atau Unit Apakah yang dimaksudkan jerayawara-adakah ia bermaksud (roadshows) 5) bolehkah brosur digunakan dalam bahasa melayu.apakah nama dalam BM 6) Bank IkS atau Bank SME atau SME Bank 7) apakah maksud Banci Baseline dalam BM 8) Bagaimana mengeja kenalpasti atau kenal pasti 9) EXIM Bank atau Bank EXIM 10) pewujudan atau pengwujudan1. agensi sebagai kata nama khas sahaja yg dieja dengan huruf besar. Contohnya Agensi Pekerjaan Lee. 2. kerajaan pun sama dengan agensi. Sekiranya kata nama khas diejan dengan huruf besar seperti Kerajaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. 5.Brosur ialah risalah dalam BM. 6. Bank SME. 7. Cadangan kami ialah bancian dasar. Sila rujuk bahan yang berkaitan. 8.kenal pasti. 9. Bank Exim. 10. perwujudan ialah 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll). Pewujudan ialah perbuatan atau proses mewujudkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa13.10.2009
Adakah terjemahan yang lebih tepat bagi 'roadshow' selain dari 'persembahan dalam kunjungan'? Tk.

Padanan kata roadshow dalam bahasa Melayu ialah jerayawara.

Istilah26.03.2009
1.Aslkm.Tuan, apabila kita menulis teks pengacaraan, mana satukah yang tepat- menulis nama tetamu kemudian jawatannya atau menyebut jawatannya dahulu baru nama tetamu. 2.Apakah makna perkataan road show dalam bahasa malaysia? 3. Apakah maksud perkataan rausyanfikir? 4. Adakah betul cara menulis angka di bawah 10 dengan menggunakan perkataan? terima kasih1. Dalam situasi pengacaraan, kami cadangkan saudara mendahulukan jawatan dan diikuti dengan nama. 2. Terjemahan road show ialah jerayawara. 3. Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahlifikir.  4. Kenyataan saudara adalah betul, nombor sepuluh dan ke bawah ditulis dengan perkataan.Penyemakan dan penterjemahan15.11.2008

Kembali ke atas