Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.kah] | جرکه

Definisi : ucapan yg kasar dgn suara yg keras (utk menakutkan atau mengejutkan), teng­king, herdik, sergah; menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras, menengking, mengherdik, mem­bentak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.kah] | جرکه

Definisi : ucapan yg kasar dan keras (utk memeranjatkan, menakutkan dsb); sergah. menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras; menyergah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerkah
Rujuk :tengking


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan kepastian yang jelas tentang kemusykilan tanda baca, iaitu tanda soal dan tanda seru dalam dialog. Hal ini kerana saya ada terbaca perkongsian seseorang tentang tanda baca ini seperti contoh di bawah. 1. "Awak pergi ke mana?" Soal Rahim. 2. "Pergi engkau dari sini!" Jerkah Pak Abu. Menurut individu tersebut, selepas tanda baca tersebut, perkataan seterusnya perlulah huruf besar (Soal/Jerkah/Tanya/ Jerit). Selama saya di bangku sekolah menengah dan di universiti (bidang kesusasteraan), saya diajar bahawa kedua-dua contoh ayat di atas itu, selepas tanda baca hendaklah disertakan perkataan huruf kecil (soal/jerkah/tanya/jerit). Jika contoh di atas adalah tepat, apa alasannya? Saya juga merujuk Pusat Rujukan Persuratan, Gaya Dewan Edisi Ketiga, internet dan buku-buku rujukan Bahasa Melayu bahawa contoh-contoh ayat yang betul dan diberi penerangan, perkataan seterusnya hendaklah huruf kecil. Saya minta pandangan daripada guru-guru subjek bahasa Melayu. Mereka tidak pernah mengajar contoh ayat seperti di atas. Di sini, kami juga jadi keliru. Untuk pengetahuan, saya juga mengajar penulisan kepada penulis-penulis menggunakan apa yang pernah saya belajar. Mohon pencerahan yang tepat. Sekian, terima kasih.

Ayat yang  betul ialah:

1. “Awak pergi ke mana?" soal Rahim.

2. "Pergi engkau dari sini!" jerkah Pak Abu.



Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, hlm. 77 dan Gaya Dewan Edisi Keempat, hlm. 125 dan 196 untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa06.08.2025

Kembali ke atas