salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
- Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
- Perahu itu terikat pada tepi jeti.
| Tatabahasa | 21.01.2015 |
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching. | Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal. | Tatabahasa | 21.07.2011 |