| Bagaimana menulis perkataan berikut: (Huruf besar atau huruf kecil) 1. ... Malaikat Jibril / ...malaikat Jibril/ ...malaikat jibril 2. ...Syarikat Johan/ ...syarikat Johan 3. ...darjah 5 Delima/ ...Darjah 5 Delima | 1....malaikat Jibrail 2. ...Syarikat Johan 3. ...Darjah 5 Delima | Ejaan | 19.03.2013 |
| Saya ingin bertanya..Malaikat Jibril atau malaikat Jibril? Huruf M dan J ditulis dengan besar atau huruf J sahaja yg ditulis besar? | Ejaan yang betul ialah malaikat Jibril. | Tatabahasa | 13.10.2025 |
| Bagaimanakah ejaan Malaikat Jibril yang betul? Jibril atau Jibrail? | Ejaan yang betul ialah jibrail, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jibrail untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.11.2016 |
| Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai? | Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut: Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut: Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih. | Ejaan | 18.05.2025 |
| Fauzi Jibril MON 11:33PM klu kt DBP ade jual lgi x buku ni. sbb 5 tahun lepas klu x silap sy prnah g DBP tnye psal buku ni kt kaunter kate nye dh habis. dan mcm mne sy blh dpt kn buku ni | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 18.07.2016 |
| Mana satu yang betul?: 1) Nabi Muhammad SAW dan Malaikat Jibril 2) nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril | Jawapan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibrail | Ejaan | 02.04.2025 |
| Selamat sejahtera, Mengapakah malaikat dieja dengan huruf kecil jika disusuli nama? Berbeza dengan penggunaan perkataan "nabi" yang berhuruf besar jika disusuli nama. Cth: Nabi Musa, Nabi Muhammad, Nabi Isa. Manakala malaikat dieja malaikat Jibril, malaikat Mikail (bukannya Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail)? Terima kasih. | Perkataan "malaikat" ialah kata nama am, sebab itu awalan perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil manakala nama malaikat seperti Mikail dan Jibril ditulis dengan awalan huruf besar kerana perkataan tersebut ialah kata nama khas. | Ejaan | 05.10.2020 |
| Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih. | Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran. Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna. | Lain-lain | 10.06.2021 |
| SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYU | Maknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.11.2009 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, jika dialog dituturkan oleh Nabi Muhammad SAW yang tinggi darjatnya, adakah KGN dalam dialog itu perlu direndahkan tarafnya memandangkan ia diturutkan oleh Baginda? Contoh: Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya, Allah membantu Hassan dengan Malaikat Jibril selagi dia/beliau mempertahankan Rasulullah." Hassan yang dimaksudkan ialah cucu Baginda. Seseorang yang terkemuka. Terima kasih. | Berdasarkan ayat yang diberi kata ganti nama “dia” boleh digunakan. | Lain-lain | 12.01.2022 |