Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.had] | جهاد

Definisi : Ar 1. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah; 2. pe­nentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yg hendak merosakkan negara dll (spt hawa nafsu, diktator, dll); berjihad melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk menentang rejim diktator itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.had] | جهاد

Definisi : 1 peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam; perang sabil. 2 perlawanan utk mempertahankan sesuatu yg baik atau utk menentang sesuatu yg tidak baik. berjihad melakukan jihad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jihad
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :juang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan pengesahan untuk terjemahan beberapa perkataan/frasa: 1) persada - dalam konteks "persada seni", adakah pengertiannya lebih kepada industri seni secara amnya atau wadah yang digunakan dalam industri seni? 2) truthful knowledge - ilmu sahih, adakah terjemahan ini tepat, atau pun padanan dalam bahasa Inggeris lebih tepat "valid knowledge"? 3) spiritual struggle - jihad kerohanian, bolehkah istilah ini digunakan dalam konteks keagamaan?Berikut merupakan jawapan untuk soalan-soalan yang dinyatakan:

1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "persada" bermaksud bidang yang diceburi. Oleh itu, persada seni bermakna bidang seni.

2. Padanan bahasa Melayu untuk "truthful knowledge" ialah ilmu sebenar.

3. Padanan bahasa Melayu untuk "spiritual struggle" ialah perjuangan kerohanian. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Lain-lain03.06.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan tanda petik dalam petikan hadis. Adakah penggunaan seperti berikut betul? Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a. berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, 'Solat pada waktunya.' ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, 'Berbuat baik kepada ibu bapa.' Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab, 'Jihad di jalan Allah.'"(Riwayat al-Bukhari). Untuk bahagian akhir ayat, di manakah kedudukan tanda petik tunggal? Adakah selepas tanda noktah atau sebelum tanda noktah? Terima kasih.

Teks hadis perlu merujuk kitab-kitab muktabar dalam bahasa Arab, contohnya Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i dan sebagainya.

Rujukan hadis yang mengandungi nama perawi hadis hendaklah disertakan, manakala sumber rujukan hadis hendaklah mengikut kaedah penulisan takhrij hadith.

Contoh rujukan hadis yang mengandungi nama perawi boleh ditulis dalam dua keadaan, iaitu:

1.     1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.”

(Riwayat al-Bukhari)

2.  Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 278 – 291.

Tatabahasa09.12.2024

Kembali ke atas