Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. DEC 4TH, 5:26PM Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih 1:56PM Vicky Salam. Pegawai yang menjawab talian tidak mengetahui patut sambung saya kepada siapa yang in-charged. Email yang saya hantar pula tidak balasan langsung. | Kami telah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian yang diberi. Untuk makluman tuan, Kedai Buku hanya menjual buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu, manakala senarai jawapan (jika ada) boleh diperoleh melalui Bahagian Buku Teks, kementerian Pendidikan Malaysia. | Lain-lain | 22.12.2015 |
Vicky Chia Nov 25th, 9:55am Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. | Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 25.11.2015 |
Tuan, saya hendak menanyakan bahawa di mana boleh saya dapatkan buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 dan Jilid 2 yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? Saya rasa bahawa mungkin buku ini telah lama wujud, jadi mungkin susah untuk dicari. | Untuk makluman puan, buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita bukan diterbitkan oleh DBP. Puan boleh menghubungi syarikat K-Publishing Sdn Bhd berkenaan buku tersebut atau kedai-kedai buku di Malaysia. | Lain-lain | 05.07.2014 |
Perkataan bahasa melayu asal mengikut pendeta Zaaba. T.K. | Sila rujuk buku nukilan Za'ba, iaitu Pelita Bahasa (Jilid 1 dan Jilid 2) dan Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-duanya diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Penggunaan Jilid pada rujuk fail sekiranya di singkatkan. Adakah ianya betul jika digunakan begini: Contoh: MPL/N1/1970 Jil. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 Jil 2 - ( ). Adakah perlu meletakkan titik atau tidak perlu. Bagaimana pula sekiranya menggunkan HURUF BESAR. Cth: MPL/N1/1970 JIL. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 JIL 2 - ( ). Terima kasih. | Dalam penulisan singkatan perkataan,sama ada huruf kecil atau hurif besar, tanda titik perlu diletakkan seperti MPL/N1/1970 JIL. 2 . | Tatabahasa | 20.08.2013 |
"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat? | Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain. Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. | Makna | 22.04.2016 |
Untuk jilid al-Quran bercetak: Adakah ditulis "mashaf" atau "mushaf"? Merujuk PRPM, mashaf ialah jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan. Sedangkah "mushaf" tidak tercatat dalam PRPM. Perkataan "mushaf" banyak digunakan untuk merujuk kepada al-Quran bercetak. Contohnya: Mushaf Qiyam dan Mushaf al-Quran. Merujuk perkataan Arab, "mushaf" bermaksud al-Quran yang dijilidkan. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Mashaf dan mushaf merujuk naskhah al-Quran yang bertulis tangan, namun Kamus Dewan merakamkan ejaan mashaf dalam entrinya. Maksud mashaf/mushaf betul jika dirujuk etimologi kata dan sejarah peradaban Islam kerana asalnya salinan al-Quran dalam bentuk tulisan tangan. Dalam konteks al-Quran yang ada mutakhir ini lazimnya ditulis nama al-Kitab itu semata, iaitu al-Quran. | Tatabahasa | 27.04.2015 |
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. | Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
saya ingin bertanya, apakah padanan BM yg sesuai utk perkataan di bawah: 1.comb binding 2.tape binding 3.ring binding Sekian,TK | 1.Comb binding = jilid sisir 2. Binding tape =pita balut 3. ring binding = jilid gegelung (cadangan). | Istilah | 28.10.2010 |
apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa? | Saudara Azwanie, Racun perosak ialah racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343. | Makna | 16.01.2010 |