Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jim] | جيم

Definisi : 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga); tahun ~ tahun ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil); 2. huruf kelima abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ada satu persoalan mengenai huruf jawi. Huruf jim, bolehkah kalau ditulis sebagai ja, atau ja hanya diterima sebagai sebutan? Terim kasih.Wasalam. Soalan tuan/puan kurang jelas. Huruf jim hendaklah ditulis جيم . Sekian. Terima kasih.Ejaan30.08.2017
Jadi (merujuk kepada soalan saya pada 16/07/14}, kalau mengikut pedoman transliterasi tersebut, jama'i adalah ejaan yang betul? Terima kasih.Ejaan jama'i sebagai transliterasi kepada perkataan Arab daripada huruf jim mim ain (baris bawah).Tatabahasa18.07.2014
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021

Kembali ke atas