jiran sekeliling. jiran-jiran sekeliling. adakah kedua-duanya betul? terima kasih. | Frasa "jiran sekeliling" adalah betul kerana perkataan jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri dan membawa makna jamak. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Adakah ayat berikut betul ? 1. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan dalam jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarangnya menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan kebajikan jiran-jiran mereka. Terima kasih ! | Sdr. Hee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Diharap sertakan maklumat peribadi yang betul apabila berurusan dengan kami. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan (pada) jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarang (dia) menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka. Inilah jawapan kepada soalan SDR. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Tuan, adakah ayat-ayat tersebut gramatis? Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat muhibah, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. | Ayat yang dinyatakan boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.06.2020 |
Apakah makna jiran? | Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang; tetangga. | Makna | 10.06.2008 |
Salam Saya ingin bertanya tentang penggunaan : Jiran baru saya Atau Jiran baharu saya Yang mana satu yang betul? Terima kasih | Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, jiran baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Lain-lain | 26.12.2019 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah". | Dalam ayat pertama lagi "Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan" mengandungi kesalahan . Penggunaan kata kurang tepat, kata sendi nama tidak tepat dan bahasa percakapan, maka ayat yang dibina tidak gramatis. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Salam. Penggunaan kata hubung. Soalan:- Ibu hendak ke pasar. Ibu hendak ke rumah jiran. (atau) Jawapan. 1. Ibu hendak ke pasar atau ke rumah jiran. 2. Ibu hendak ke pasar atau rumah jiran. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Ibu hendak ke pasar atau ke rumah jiran? | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah". | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran? | Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk rencana-rencana tentang kejiranan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. | Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan. Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif. Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. | Tatabahasa | 08.07.2021 |