jk lmn web dipanggil sesawang, apa plk wap mcm tagtag.com yg blh dlyri melalui hp bergprs? bgs kalau dia ada nama tersendiri! sekian, tm. | Sehingga kini tidak ada istilah komunikasi dan teknologi "tagtag.com" untuk capaian telepon bimbit GPRS dalam Istilah dan Kamus terbitan DBP. Walau bagaimanapun, cadangan sdr akan kami bawa kepada Jawatankuasa Istilah Komunikasi dan Teknologi untuk dipertimbangkan. | Lain-lain | 03.04.2008 |
‎Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu.. | Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 18.05.2017 |
Salam sejahtera! Saya difahamkan bahawa kependekan seperti IB, Id, Jk & Jw bermakna perkataan yang tertera di kamus adalah bahasa Indonesia. Adakah perkataan-perkataan ini dianggap sudah diterima di dalam tatabahasa bahasa Melayu atau masih dikategorikan sebagai bahasa Indonesia? Terima kasih! | Perkataan berlabel IB, Id, Jk, Jw, bp tidak digunakan dalam konteks rasmi seperti dalam urusan kerajaan dan pendidikan. Kamus merakamkan penggunaan kata dalam kalangan masyarakat dan memberikan makna yang sepadan untuk pengetahuan pengguna. Untuk menggunakan perkataan yang baik dan betul khususnya dari aspek pembentukan kata hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 13.08.2020 |
Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti, antaranya: - Mesyuarat 3 kali setahun. - Menyediakan JK Kajian Tindakan. Adakah perlu digunakan huruf besar ( M ) dan noktah untuk 2 frasa di atas . | Ayat yang betul ialah " Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti antaranya; mesyuarat 3 kali setahun dan menyediakan JK Kajian Tindakan. " | Tatabahasa | 04.12.2009 |
Ada tak software terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia,bertujuan memudahkan pemahaman dalam bahasa inggeris.Jk ada,berapa kos di pasaran masakini. | Setakat pengetahuan kami, sehingga kini masih belum ada lagi perisian seumpamanya. | Lain-lain | 15.05.2009 |
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasih | Ruangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 31.07.2015 |
Salam sejahtera. Apakah padanan bahasa Melayu bagi "telematch" ? Terima kasih | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi istilah telematch. Kami akan panjangkan pertanyaan ini kepada JK Istilah Semasa untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan memberi maklum balas melalui e-mel tuan. | Istilah | 29.04.2019 |
Salam.. Mohon penjelasan penggunaan perkataan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Tahunan sahaja yang betul.? Dan Di mana sesuainya kedua-dua perkataan tersebut.. Betulkah Mesyuarat Agung Tahunan ini mesti ada agenda seperti (contoh) : Ucapan Pengerusi Pembentangan aktiviti Pembentangan kewangan Pemilihan JK Dan lain-lain Manakala Mesyuarat Tahunan itu tiada agenda khusus, sebagai contoh...Mesyuarat Tahunan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura. | Mesyuarat Agung lazimnya dilaksanakan dalam pertubuhan atau persatuan seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat antara negara lazimnya disebut mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat Tahunan Malaysia - Singapura. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Bagaimana DBP memiawaikan bahasa di Malaysia. Bahasa itu merangkumi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. | Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan pelbagai buku pedoman bahasa Melayu dan kamus untuk rujukan. Bahasa Melayu di Malaysia diperakui oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM). DBP sebagai urus setia JK ini. Selain itu, juga diwujudkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang berfungsi sebagai badan yang menyelaraskan bahasa Melayu di peringkat serantau. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana pusat sumber/perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Salam sejahtera. Saya amat berbesar hati jika Tuan/Puan dapat memberi bantuan istilah Bahasa Melayu untuk "trade dress", yang merupakan suatu bentuk hak harta intelektual berdasarkan ciri-ciri visual sesuatu produk. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi istilah trade dress. Kami akan panjangkan pertanyaan ini kepada JK Istilah Semasa untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan memberi maklum balas melalui e-mel tuan. | Istilah | 12.05.2019 |