| apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan Job Couch/ Job couching? terima kasih | Perkataan "job coach/job couching" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 19.06.2016 |
| Tuan, saya ingin bantuan untuk mendapatkan makna dalam Bahasa Malaysia yang lebih tepat untuk penggunaan istilah Job Embeddedness. Bolehkah jika saya gunakan Keterikatan Kerja bagi istilah Job Embeddedness. Sering kali berlaku kekeliruan penggunaan istilah yang betul antara Job Embeddedness dan Job Engagement. Ada penulis yang merujuk Job Embeddedness dan Job Engagement sebagai Perikatan Kerja. Saya dalam bidang pengurusan dan istilah ini penting untuk penulisan tesis / artikel jurnal saya. Jika dapat, bolekah saya perolehi juga maksud / definisi Job Embeddedness seperti yang didaftarkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih atas bantuan dan maklum balas. Sekian. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: job embeddedness - keterikatan kerja job engagement - keterlibatan kerja Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 19.01.2022 |
| Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih | 1. independent living - hidup berdikari 2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja. 3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja. | Istilah | 01.07.2011 |
| Apakah terjemahan kepada JOB COACHING (nama bidang pekerjaan) dan JOB COACH (nama jawatan). Secara ringkasnya, Job Coaching berperanan sebagai pemudahcara/penyelaras bagi kumpulan sasar yang berdaftar dengan JKM (OKU dsb.) untuk mendapatkan kerja di industri. | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
| 1)job rotation 2)continuous professional development 3)exit policy | 1)pusingan kerja 2)perkembangan profesional berterusan 3)polisi keluar | Istilah | 01.08.2011 |
| Apakah dalam bahasa melayu untuk perkataan JOB COACHING? | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
| mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy | job rotation - pusingan kerja continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan. exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar. | Istilah | 01.07.2011 |
| Apakah terjemahan dalam bahasa melayu untuk perkataan JOB COACHING? | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
| Bolehkah saya terjemahkan perkataan job engagement sebagai keterlibatan kerja | Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "job engagement" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "engagement" dalam bidang pentadbiran yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah pengambilan kerja. | Istilah | 06.04.2014 |
| Apakah istilah bahasa melayu untuk "job embeddedness"? | Dalam sumber rujukan belum ada lagi padanan untuk istilah job embeddedness, kami sedang berusaha mencari jawapannya dan akan menghubungi pihak puan dalam jangka masa yang terdekat ini. | Istilah | 02.09.2010 |