Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johnson


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan mengenai perkataan pernyataan, penyataan dan kenyataan dengan contoh-contoh tertentu. Peter Johnson

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Pernyataan” ialah kata-kata dan sebagainya yang menyatakan sesuatu, pemberitahuan pemakluman. Selain itu, pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Contoh ayat,  “Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dgn pernyataan klasik ahli linguistik tempatan”. “Penyataan” pula bermaksud perbuatan menyatakan. Sebagai contoh, “Kesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi adalah penyataan daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat”. “Kenyataan” pula bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan. Contoh ayat, “Perdana Menteri membuat satu kenyataan penting melalui radio malam ini”. Sekiranya saudara mempunyai persoalan yang lainsaudara  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".


Lain-lain24.01.2022
Jawapan akan diperoleh/ diperolehi dalam lima minit lagi. Yang mana betu dalam konteks di atas? Diperoleh atau Diperolehi? Terima Kasih. Peter Johnson DurairajAyat yang betul ialah "Jawapan akan diperoleh dalam masa lima minit lagi." Ejaan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper- menjadi diperoleh. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 181.Tatabahasa15.11.2017
Sukaita sekiranya pihak DPK dapat menjelaskan bagaian perkataan-perkataan 'adalah' dan 'ialah' handak digunakan secara betul dalam ayat. Sia beri pelbagai contoh untuk terangkan parkara ini. Terima Kasih. Peter Johnson Durairaj

Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

 

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. 

Tatabahasa08.08.2022
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai menterjemahkan satu buku kejuruteraan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Tuan punya buku kejuruteraan tersebut telah setujui dalam penterjemahan ini. Saya ingin mengetahui prosedur yang perlu saya ikuti dan buku ini hanya akan dijual oleh tuannya. Terima Kasih, JohnsonTuan/Puan perlu mendapat izin daripada penerbit karya asal (bahasa Inggeris) buku itu terlebih dahulu sebelum boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu.Lain-lain18.09.2012
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.comKata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul.Tatabahasa15.05.2008
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter JohnsonAyat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. Tatabahasa12.05.2008
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat.
3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan.
4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa.
Tatabahasa29.11.2017
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017

Kembali ke atas